Sayapkiri2210
"Kalam dari HATI akan menyentuh HATI. kalam dari NAFSU akan menyentuh NAFSU"
Selasa, 1 Mac 2011
Selasa, 15 Februari 2011
Wasiat Nabi Muhammad S.A.W
Wahai Ali orang MUKMIN baginya ada 3 tandanya:
- Hatinya tidak terpaut pada harta benda dunia
- Tidak terpesona dengan pujuk rayu
- Dirinya benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia
Wahai Ali, orang ALIM baginya ada 3 tanda:
- Setiap tutur katanya sentiasa jujur
- Sentiasa menjauhi segala yang haram
- sentiasa merendahkan diri
Wahai Ali, orang JUJUR baginya ada 3 tanda:
- Merahsiakan ibadahnya
- Merahsiakan sedekahnya
- Merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali, orang TAQWA baginya ada 3 tanda:
- Takut berlaku dusta dan keji
- Sentiasa menjauhi kejahatan
- Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali, orang AHLI IBADAH baginya ada 3 tanda:
- Sentiasa mengawasi dirinya
- Sentiasa muhasabah diri
- Perbanyakkan ibadah kepada Allah
Jumaat, 7 Januari 2011
my story of the day~HOME ALONE
today saye terpakse stay up rumah kawan..hehehe..disebabkan takut stay kat umah sorang2, terpakse ku gagahkan kaki dalam hujan renyai-renyai pagi tadi g umah huda..sape suh taknak ikut,so at last mcm ni lah..HOME ALONE..Recently,i have heard a lot of cases that occured in my area..keadaan mansourah and area rumah yg memang xberape nak selamat sekarang, menambahkan ketakutan yang sedia ade..:-( so stay umah kawan is the best way before something happen dalam keadaan macam ni..langit pulak makin gelap tadi,and dalam keadaan tak sure pukul bape kawan2 saye akan balik..jadi as soon as possible start packing cloth and other stuff masuk beg,kunci pintu,lock sume tingkap and terus kua..harap-harap sempat sampai umah huda sebelum hujan makin lebat..
fuhh..alhamdulillah,at last sempat jugak saye sampai umah huda in all wet and freez..sejuk sgt..alhamdulillah huda ade rumah,kalau tak de tadi tak tau nak lepak umah sape.. bagus jugak dapat stay umah huda, at least dapat study rasm al-quran terus..huhuhu..maklumlah dah lame tak attend class..so ari ni dapat catch up balik sume yang tertinggal..sambil tunggu kawan-kawan yang konon-kononnya nak balik,tapi tak balik-balik lagi..:-( sedey,yup wait a torture..dah masuk maghrib tapi satu msg pun tak send.maybe their fatigure..oh, let it be... as long as diorang sume tak balik lagi on9 lah FB..dah masuk isyak pun still xade berite..kalau dah macam ni,dah malam sangat..nak balik pun takut..so saye suicide nak stay kat umah huda untuk malam ni..maka saye pun sendlah massage untuk kawan ku si comel dua orang 2, supaya diorang tak yah amik saye kat sini and straight away return home..
oh malam ni, saye tidur berselimutkan saratoga farihah and bertedy bearkan ninja turtle..oh what a best night for me..harap-harap malam ni dapat tidur macam slepping beauty and tunggu putera raja utk pagi esok (huh,jgn harap lah..berangan je awak tu) :-(
ok,sume ni story untuk suka suki je..xade ape nak buat dah..and bahase pun bercampur-campur..dulu dapat offer course TESL tak pegi tu yang jadi macam ni..maafkan saye sume,bahase yang agak rosak di sini..minta kawan-kawan semua tolong doakan untuk keselamatan pelajar-pelajar mansourah,especially siswi sentiasa dalam keadaan aman dan selamat..Aminnn..
selamat malam,semoge mimpi yang indah....assalamualaikum..
Khamis, 2 Disember 2010
ISU PURDAH : Fatwa Mufti Mesir
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Muqaddimah :
Sekarang isu yang dibincangkan di peringkat global adalah isu pemakaian purdah oleh wanita islam. Ianya dibangkitkan oleh Syeikhul Azhar Mohammed Sayyed Tantawi. Beliau telah membuat keputusan mengharamkan pelajar-pelajar wanita di Universiti Al-Azhar dari memakai purdah ketika berada di dalam kawasan universiti tersebut . Dengan kenyataan beliau sudah pasti menimbulkan polemik di kalangan penganut islam. Alasan yang diberikan beliau adalah untuk menangani amalan radikal di dalam islam. Sekaligus dengan arahan ini, terkesanlah juga siswi-siswi rakyat Malaysia yang belajar di sana.
Radikal = Salafi :
Golongan salafi memang ramai di Negara Mesir. Apa yang saya faham dengan kenyataan Syed Tantawi tersebut yang dimaksudkan dengan radikal ialah golongan salafi. Golongan ini katanya memperjuangkan sunnah Nabi S.A.W. Mereka mengatakan bahawa fahaman lain seperti Mazhab yang empat adalah tidak betul sehingga saya pernah mendengar mereka mengkafirkan orang yang bemazhab selain salafi di dalam khutbah jumaat di salah sebuah Masjid dekat penempatan pelajar Malaysia di Kaherah. Bukan itu sahaja, bahkan diceritakan bahawa mufti Mesir Dr. Ali Jum’ah pun pernah ditumbuk matanya oleh orang salafi ini.Mungkin ini juga salah satu sebab mengapa Syeikhul Azhar ini mengharamkan pemakaian purdah di dalam kawasan Universiti Al-Azhar demi mengharmonikan pelajar-pelajarnya yang belajar mengenai pelbagai mazhab.
Pengalaman Saya :
Semasa saya belajar di Mesir dahulu sekitar tahun 2004, saya lihat banyak juga pelajar-pelajar Malaysia yang memakai purdah. Kebanyakan mereka tidak memakainya sebelum ke sana. Setelah berada di sana mereka mula memakainya. Saya lihat trend memakai purdah di kalangan penuntut Malaysia ini datangnya dari pelajar-pelajar senior yang kemudiannya diwarisi oleh pelajar baru. Setelah pulang ke Malaysia trend ini langsung berubah. Entahlah apa sebabnya? Mungkin malu rasanya berhadapan dengan masyarakat di Negara sendiri. Apa yang nak saya katakan di sini ialah tindakan kebanyakan pelajar perempuan ini memakai purdah kerana ikut kawan bukannya berlandaskan kepada ilmu. Saya 90% yakin bahawa mereka tidak faham sepenuhnya apa yang dilakukan. Bukan itu sahaja malah banyak lagi perkara-perkara lain yang berlaku tidak sepatutnya berlaku contohnya dari sudut larangan ikhtilat (percampuran) dan batas-batasnya. Ia sangat melampau dari yang ditetapkan oleh agama. Hal tersebut tak perlu saya ulaskan panjang lebar di sini. Di sini yang nak di bincangkan adalah berkenaan dengan purdah. Jika diizinkan saya akan sentuh berkenaan perkara lain dalam tulisan yang akan datang InsyaAllah.
Fatwa Mufti Mesir :
Fatwa berkenaan pemakaian purdah ini telah lama dikeluarkan oleh mufti Mesir Dr. Ali Jum’ah di dalam bukunya yang bertajuk “Al-Bayaan”. Berikut adalah ringkasan fatwanya :
Purdah atau niqab bermaksud kain yang menutupi wajah perempuan. Beza antara hijab dan purdah ialah : Hijab menutup seluruh badan manakalah purdah hanya menutup muka sahaja.
Jumhur Ulama mengatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kepada lelaki bukan muhrim kecuali muka dan pergelangan tangan. Demikian kerana wanita juga berhajat kepada berbagai urusan harian dengan kaum lelaki seperti jual beli. Jadi hukum memakai purdah mengikut jumhur adalah sunat.
Imam Abu Hanifah : Kaki perempuan tidak termasuk aurat. Jadi ianya boleh didedahkan. Hujahnya bahawa Allah S.W.T menegah wanita dari memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir sahaja. Kaki juga termasuk anggota yang zahir. Pada mazhab ini, perempuan boleh mendedahkan muka, pergelangan tangan dan kaki.
Mazhab Ahmad Ibnu Hanbal : Setiap inci tubuh wanita adalah aurat kepada bukan muhrim. Maka seorang wanita itu mesti menutup keseluruhan tubuhnya.
Dallil Jumhur : Firman Allah Taala yang bermaksud : “dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. (An-Nur : 31)
‘Yang nampak dari padanya’ dalam ayat di atas bermaksud tempat perhiasan dapat dilihat. Celak merupakan perhiasan wajah manakala cincin pula perhiasan tangan. Kedua-duanya tidak dapat disembunyikan.
Dalil Sunnah : Sebuah Hadis diriwayatkan oleh Aisyah r.a yang bermaksud :
“Sesungguhnya Asma’ bt Abu Bakar datang kepada Rasulullah dengan pakaian yang nipis lalu Baginda pun berpaling darinya dan berkata : Wahai Asma’, sesungguhnya seorang perempuan apabila telah baligh tidak boleh memperlihatkan tubuhnya kecuali ini dan ini” sambil Nabi menunjukkan wajah dan kedua belah pergelangan tangannya. ( Hadis riwayat Abu Daud)
Dalil Sunnah yang lain :
Sebuah Hadis berkenaan Nabi memberi peringatan kepada kaum wanita dalam sebuah majlis agar bersedekah kerana dengan sedekah itu dapat memadamkan api neraka. Lalu bertanyalah seorang wanita dari kalangan mereka yang kedua-dua pipinya bebintik : “Kenapa ya Rasulullah…”(Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasai, Ahmad dan lain lagi). Perawi Hadis ini ialah Jaabir r.a.
Hadis di atas menunjukan bahawa perempuan yang bertanya itu wajahnya tidak memakai purdah.
Pihak yang mempertahankan purdah mengatakan bahawa hadis diatas telah dimansuhkan dengan suruhan memakai purdah. Tetapi tidak ada satu pun dalil yang memansuhkan hadis tersebut.
Mereka juga menggunakan dalil Al-Quran untuk mempertahankan hujjah mereka iaitu ayat dari surah Ahzab yang bermaksud :
Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Kerana itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
( Al-Ahzab : 59 )
Di dalam ayat ini juga tidak ada dalil yang jelas agar memakai purdah.
Al-Murghinani dari mazhab Hanafi menyatakan bahawa : Tubuh wanita keseluruhannya adlah aurat kecuali muka dan kedua pergelangan tangannya. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi yang berbunyi : “Wanita adalah aurat yang ditutupi”Pengecualian muka dan pergelangan tangan kerana keduanya mudah dilihat. Beliau menjelaskan lagi bahawa Hadis tersebut menjadi dalil bahawa kaki itu aurat. Tetapi menurutnya pandangan yang mengatakan kaki itu bukan aurat adalah lebih sahih.
Ibnu Khalaf al-Baaji ulama mazhab Maliki menyatakan bahawa : Seluruh tubuh wanita itu aurat melainkan wajah dan pergelangan tangannya. Katanya lagi : Kekadang seorang wanita itu akan makan bersama suami dan tetamu suaminya atau tetamu saudaranya. Demikian menjadikan hukum melihat wajah dan pergelangan wanita itu adalah harus. Ini kerana kedua-dua anggota tersebut akan kelihatan ketika makan.
Ibnu Hajar Al-Haitami menukilkan daripada Qadhi Iyadh bahawa mengikut ijmak ulama, wanita tidak diwajibkan menutup mukanya.
Cara berpakaian berkait rapat dengan adat sesuatu kaum. Dengan melihat keadaan semasa di Negara Mesir, adalah lebih sesuai berpegang kepada pandangan jumhur yang mengatakan tidak wajib memakai purdah. Wanita yang menutup wajahnya dengan purdah dipandang asing dalam masyarakat hari ini dan menjadi punca kepada perpecahan. Adapun bagi kaum wanita yang berada di dalam masyarakat yang berpegang kepada mazhab Hanbali, ianya tidak menjadi masalah. Menutup muka pada mereka adalah adat yang berbetulan dengan mazhab yang dipegang.
Oleh yang dimikian pandangan yang dipilih adalah pandangan jumhur ulama yang membolehkan wanita menampakkan wajah dan kedua pergelangan tangannya. Memakai purdah, jika boleh menyebabkan perpecahan atau untuk menunjukkan diri seorang yang warak, maka ia akan menjadikan hukum asal iaitu sunat beralih kepada bida’h.
Penutup dari saya :
Jika dinisbahkan pemakaian purdah dengan penduduk Malaysia yang bermazhab Syafii, adalah tidak wajib bagi mereka memakainya. Begitu jugalah dengan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar.
Jadi pelajar-pelajar Malaysia berpurdah yang belajar di sana tidak perlu terkilan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Syeikhul Azhar itu. Bahkan wajib menurutinya demi untuk mengelakkan perpecahan seperti yang telah dijelaskan oleh Mufti Mesir tadi. Seruan saya : Bersedialah untuk berubah dan berpijaklah di bumi nyata.
Sekian Wassalam.
Khamis, 25 November 2010
Penyembuh Ujian,Fasobrun Jameel..
Kadang-kadang tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati seseorang yang amat kita sayangi, dan tanpa kita duga kita telah menzalimi hati seseorang yang amat kita kasihi. Betapa pedih dan peritnya kesakitan hati itu hanya dapat diluahkan dalam buti-butir air mata yang sentiasa mengalir.
Kala itu, hanya kalimah sabar yang menyejukkan hati. Setiap dugaan, mahupun ujian SABAR adalah jalan yang terbaik. Sabar itu tiada tahap, jika sabar itu bertahap maka hilanglah sifat sabar itu. Bukankah sabar itu separuh daripada iman. Ingatlah yang kita bukan bersendirian. Belajarlah bersabar dalam setiap ujian. Pujuklah hati supaya memaafkan walaupun hati terasa disakiti dan dizalimi. Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W.:
Pernahkah kita terfikir. Beradanya kita disaat ini, diketika ini, dengan kejayaan yang kita miliki sekarang, dengan rezeki yang kita perolehi hari ini, adalah daripada doa mereka yang kita tidak pernah kenal dan tahu siapa. Boleh jadi doa daripada ibu bapa, guru-guru, sahabat handai, saudara mara, seseorang yang menyayangi kita, dan mungkin juga dari orang yang hatinya disakiti.
Bukankah malaikat akan mengaminkan doa orang yang berdoa untuk kebaikan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu. Dan setiap kali kita berdoa untuk kebaikan seseorang, setiap kali itulah malaikat berkata " Amin, dan bagimu juga seperti itu". Seandainya doa kita dimakbulkan, Allah menyayangi kita, seandainya doa kita lambat dimakbulkan, Allah ingin menguji kita, dan sekiranya doa kita tidak dimakbulkan Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Ingatlah, walau apa yang terjadi sekalipun itu tanda Allah sayang kepada kita. Kadang-kadang ujian yang mendatang terlalu perit sehinggakan kita terjatuh dan terduduk. Dan pada masa itulah kita sedar hanya Allah yang bersama kita. Mungkin kita terlalu leka sehingga melupakanNya, apabila ditarik sedikit nikmat barulah kita terasa. Kita merintih dan menangis hanya padaNya. Malaikat berkata, Ya Allah adakah Kau makbulkan doa hambaMu ini. Lalu Allah mengarahkan malaikat agar menahan doa hambaNya itu dahulu, kerana Allah sangat merindui rintihan dari hambaNya.
Mudah-mudahan kita dikurniakan sifat sabar. Dengan berkat beradanya kita di Bumi Anbia' ini juga doa kita akan dimakbulkan. InsyaAllah, Amin..
Isnin, 15 November 2010
Maahad Fatayat Lil Banat Mansurah
Ahad, 14 November 2010
Mansurah_Pelembahan Nil
Kuliah bagi pelajar akhawat (Perempuan):
A) Kuliah Syariah Islamiah.
B) Takhasus Qiraat
C) Kuliah Lughah Arabiah dan Adab
D) Kuliah Usuluddin dan Dakwah
Universiti Mansurah
~Konvesional
~Intagrated (Manchester)
~Dentisty (Pergigian)
~ Farmasi