Isnin, 8 Mac 2010

Kisah seorang Budak dan Anjing Lautnya...



Ini kisah seorang budak yang berumur 5 tahun dan masih menyusu botol... Budak ni tersangatlah suka,teruja, dan 'excited' sangat dengan air. Pagi-pagi mandi,balik tadika mandi, kejap-kejap nak mandi,asyik-asyik mandiiiiiiii.. Kalau waktu mandi pagi-pagi tak sempat sangat nak main air,lagipun sejuk. Jimat sikit air..


Pada suatu hari, budak ni terasa sakit perut mencucuk-cucuk.. dah tak tahan sangat dah.. masuk tandas, tup..tup.. nak main air, budak tu terkejut beruk..pandang je paip tu,takut nak usik paip, tak berani..Tau tak kenape budak tu takut?? Disebabkan terlalu suka sangat main air, ibu budak ni letak satu binatang kat paip tu..macam patung mainan la.. binatang tu namanya anjing laut,gelap sangat kulitnya.. Jadi,terbantutlah hasrat budak ni nak main air. Semenjak daripada kisah anjing laut tu, budak ni tak berani nak main air lagi. Masuk bilik air, cepat-cepat mandi. Dah tak ada sesi main air..



Kisah anjing laut tu dalam tahun 1993 atau 1994. Lebih kurang dalam tahun tu lah.. Tapi sekarang budak tu dah besar. Tak boleh panggil budak lagi. Dulu umur 5 tahun, sekarang dah nak masuk 22 tahun. Masih lagi suka main air.. Ya la, sekarang dia dah besar. Anjing laut tu pun dah bertahun hilang. Tak tahu mana anjing laut tu.. Entah-entah mati kesejukkan sebab lama sangat dalam bilik air......



Dulu ibu dia letak anjing laut, supaya tak main air. Maklumlah dulu budak lagi, kalau ibu cakap membazir main airpun bukannya faham.. Tapi sekarang bila asyik main air,ibu mesti jangan main air,membazir.. Dia tahu membazir tu kawan syaitan tapi kadang-kadang termembazir jugak.. Ish..ish..ish..


Kepada kawan-kawan semua, ingat.. Kalau tak mahu jadi 'best friend' syaitan sentiasalah berjimat dalam semua keadaan. Bukan air saja perlu jimat..
Firman Allah,dalam surah al-Isra' ayat 27,mafhumnya:
"Sesungguhnya orang-orang yang pemboros itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya".


Semoga kita semua tak menjadi calon-calon 'best friend' syaitan...Amin ya Rabb..








Selasa, 2 Mac 2010

Duhai Rasulullah..



Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 56:


"Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atas Nabi dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam."




Diriwayatkan, apabila sampai berita kewafatan Baginda kepada Saidina Umar al-Khattab, dia berkata: Duhai Rasulullah!. Sebenarnya keutamaanmu di sisi Allah telah sampai kemuncaknya. Sehingga dijadikan ketaatan kepadamu sama seperti ketaatan kepada Allah. Sebagaimana Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 80:


"Barangsiapa yang metaati Rasul, maka sebenarnya dia telah mentaati Allah."




Duhai Rasulullah!. Sebenarnya keutamaanmu telah memuncak di sisi Allah. Sehingga ahli neraka berangan-angan hendak mentaatimu. Padahal mereka berada di lapisan-lapisan neraka. Dalam surah al-Ahzab ayat 66:


"Aduhai, alangkah baiknya jika kita dulu mentaati Allah dan mentaati RasulNya."


Duhai Rasulullah!. Jika Musa dikurniakan oleh Allah batu yang memancar daripadanya mata air. Maka adakah yang lebih menakjubkan lagi daripada jari-jemarimu, apabila terpancar daripadanya air. Mudah-mudahan Allah merahmatimu.


Duhai Rasulullah!. Jika Sulaiman dikurniakan oleh Allah angin yang menerbangkannya sebulan perjalanan pergi dan sebulan perjalanan balik. Maka adakah yang lebih menakjubkan daripada 'Buraq' yang membawamu mendaki hingga langit ketujuh. Kemudian kembali semula pada malam yang sama ke Makkah untuk bersolat Subuh di situ pula.


Duhai Rasulullah!. Jika Isa ibn Maryam dikurniakan oleh Allah kuasa menghidupkan orang mati dengan izin Allah. Maka adakah perkara lain yang lebih manakjubkan lagi daripada kambing yang beracaun ketika Ia berkata-kata denganmu, padahal Ia telah menjadi daging panggang. Bukankah rusuk kambing itu telah berkata kepadamu: "Jangan makan aku kerana aku telah disira dengan racun."


Duhai Rasulullah!. Meskipun amat pendek umurmu dan amat sedikit masa kepimpinanmu. Akan tetapi pengikutmu lebih jauh berbanding dengan pengikut Nabi Nuh. Padahal amat lanjut umurnya dan amat panjang pula masa kepimpinannya. Sebenarnya orang yang mempercayai risalahmu amat banyak sekali, padahal orang yang mempercayai risalahnya pula amat sedikit.


Kisah ini diambil daripada kitab Mauizhatul Mukminin ringkasan dari kitab Ihya' Ulumuddin.
Selawat dan salam keatas nabi Muhammad S.A.W dan ke atas keluarganya,isteri-isterinya serta keturunannya. Dan berikanlah keberkatan ke atas Nabi Muhammad dan isteri-isterinya serta keturunannya, sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji dan Maha Mulia...