Rabu, 28 April 2010

Syurga?..Neraka?..

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin kongsikan satu kisah seorang Ustaz dengan murid-muridnya.
Ustaz tersebut mengajar pelajar tahap satu, maksudnya murid-murid ustaz tu darjah satu,dua dan tiga.
"Hari ini Ustaz akan ajar bab dosa dan pahala. Bab dosa dan pahala ini berkait rapat jugalah dengan Syurga dan Neraka." Setelah panjang lebar penjelasan Ustaz tersebut mengenai dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Ustaz pun bertanya pada anak-anak muridnya. "Syurga 'best', macam-macam ada, ada istana yang besar-besar, ada banyak makanan, kita minta apa-apa pun mesti dapat. Lepas ni,siapa nak PERGI Syurga?". Semua murid dalam kelas angkat tangan, kecuali yang seorang ni. Ustaz hanya biarkan. Tanya soalan kedua pula." Neraka panas,ada api yang membakar,mendidih,semua orang jahat masuk neraka. Lepas ni, siapa nak PERGI Neraka?". Semua murid tak angkat tangan,termasuk yang seorang tadi. "Bagus,semua tak nak pergi neraka la ni?". Murid-murid semua angguk kepala.
Sekarang, Ustaz dah pening kepala pulak.. Kenapa yang seorang ni tak angkat tangan. Pergi Syurga tak angkat tangan, Neraka pun lagilah tak angkat tangan. "Kenapa kamu tak angkat tangan masa Ustaz tanya tadi? Kawan-kawan semua nak Pergi Syurga, kamu tak nak pergi sekali ke?". Dengan selamba murid itu menjawab. "Ayah saya pesan lepas Sekolah Jangan Pergi mana-mana". Ustaz menahan gelak. Kelakar betul anak murid Ustaz ni. Tak sangka ada murid yang macam ni. Betul-betul dengar pesan ayahnya. Sambil menahan sisa-sisa ketawa yang tinggal, Ustaz berkata."Ustaz ingatkan kenapa kamu tak angkat tangan tadi. Rupanya kamu patuh pada pesan ayah kamu,bagus".
Cerita ini saya dengar masa kuliah maghrib minggu lepas,yang disampaikan oleh Imam Hamdan. Saya tulis dalam blog supaya boleh di baca oleh kawan-kawan semua. Terima kasih kerana membaca.Sekian dahulu..
InsyaAllah,panjang umur,ada kelapangan masa kita jumpa lagi.. Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Komen