Oleh kerana,bercuti panjang.. Maka bermacam-macamlah perangai mereka. Perangai yang baru-baru belaka. Sebelum cuti sekolah dulu, semuanya demam bola. Asyik nak main bola,dalam kelaspun main bola.. Tapi lepas cuti ni, kehangatan main bola dah hilang.. Muncul pula satu 'aktiviti' baru...Sambil tasmi' bacaan tahiyat pelajar perempuan, adalah satu group pelajar tahun satu lelaki buat 'aksi' yang tersangatlah 'fofular' sekarang ni. Mana tidaknya,selalu keluar di TV.
Kebal untuk apa?.. Kebal dalam mengharungi dunia kanak-kanak mereka yang penuh pemangsa. Pemangsa inilah yang membentuk akhlak, pemikiran dan cara befikir mereka. Pemangsa yang ada didepan kita, tetapi kita tidak menyedarinya. Pemangsa utama ialah TELEVISYEN. Saya akui, pengaruh televisyen dalam jadual harian mereka di rumah amat mencabar. Rancangan ini, rancangan itu. Sebelum cuti sekolah dua minggu inipun, TV ini telah mengatur program untuk mereka. Hari Ahad,rancangan ini. Hari Isnin rancangan itu..Sampailah berakhirnya cuti sekolah, jadual mereka sudah lengkap dengan program di TV.
Semasa Perjumpaan Guru-Guru KAFA Peringkat Kebangsaan minggu lepas. Penceramah menyebut, "Zaman kita sekolah dulu tidak sama dengan zaman sekarang". Saya sokong.. Mana tidaknya, dulu rancangan kanak-kanak tidaklah 'berlambak' seperti sekarang. Bolehlah dikatakan kartun-karun dulu, 'sopan' dan memberi pengajaran. Tapi,kartun sekarang...Aduhai, kartun pun dah pandai 'seksi' dah ada babak 'kissing', bahasa yang digunakan juga melampau..Dulu,waktu malam rajin mengaji sebab rancangan TV tak sesedap mana.. Tapi waktu mengaji sekarang perlu bersaing pula dengan siaran kartun di 'ASTRO Ceria, Cartoon Network, Nickelodeon dan Disney channel.
Guru-guru sudah membantu mendidik 'Ilmu Perisai' ini di sekolah, dari jam 7.30 pagi hingga jam 5. 00 petang. Tugas ibu bapa pula memantau perkembangan sahsiah anak-anak dirumah. Tidak apa sekali-sekala menonton TV, asalkan rancangan yang baik. Bukan menonton rancangan yang mengajar anak-anak 'terlompat-lompat','menyanyi-nyanyi', 'Shuffle-shuffle'. Ajarlah mereka membuat pilihan yang terbaik bagi diri mereka dengan bimbingan ibu bapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan