Selasa, 14 September 2010

Syawal di Kaherah





080910: Gotong royong bersihkan rumah. Tukar langsir baru untuk bilik dan ruang tamu. alihkan meja study dan almari supaya ruang nampak luas. Sebab esok, pelajar lelaki datang takbir dari rumah ke rumah.


090910: Setelah hampir sebulan makanan semua disediakan, hari ini bermulalah aktiviti memasak di rumah masing-masing. Masak untuk makanan hari raya esok, dan makanan buka puasa petang nanti. Bagi diri saya yang tak pandai masak ni, tolong-tolong sajalah. Sebelum Asar, menu untuk hari raya siap. Rendang ayam, nasi impit, kuah kacang, dan kuah lodeh. Menu untuk buka puasa hari ini, sambal sotong, sambal udang,sayur campur dan telur dadar. Alhamdulillah, semua sedap. Terima kasih kepada rakan-rakan serumah yang letih memasak tadi.. Selepas Maghrib, tolong siapkan hidangan bagi pelajar lelaki yang datang untuk takbir pula.




100910: "Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin".... Sedihnya kali pertama beraya jauh daripada keluarga. Dalam kesedihan, ada juga gembira sebab dapat rasa pengalaman beraya di perantauaan. Walaupun tanpa keluarga tersayang, tetapi sekurang kurangnya ada juga Safura dan seseorang disini yang menghilangkan kesedihan...




Jam 7.oo pagi bertolak ke Dewan Malaysia Abasiah (ARMA). Solat dan jamuan Hari Raya bersama pelajar dan rakyat Malaysia yang ada di Republik Arab Mesir. Selesai solat dan khutbah, ucapan Hari Raya daripada pegawai. Kemudian barulah jamuan. Satay, nasi impit, kuah lodeh, mee goreng. Tapi yang paling sedap rendang ayam dan rendang daging yang rumah Negeri Sembilan buat.



120910: Jamuan Hari Raya di Rumah Negeri Sembilan Kaherah(RNSK). Seronok, sebab dapat makan... Mungkin sebab sekarang perlu masak sendiri, jadi bila dapat makan macam ni terasa beruntung sangat. Makanan pertama saya semestinya rendang ayam. sukla makan rendang ayam ni, sekurang-kurangnya dapat hilangkan rindu 'rendang ibu' di Malaysia..




Kepada keluarga, saudara dan kawan-kawan di Malaysia, saya di bumi Anbia mengucapkan "Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin". Telah saya ceritakan 'Kisah 4 hari beraya di Mesir'.. Kisah saya beraya tanpa ibu dan ayah, Aidid dan Ashiq, Boboy dan kakak, duit raye, dan berjalan raya ke rumah saudara.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan