Jumaat, 19 Februari 2010

"Berikanku HATI". Bhgn 3.

18 Januari 2010: 'Pertemuan pertama' .

"Pertemuan pertama, pandangan pertama, perkenalan pertama...Kali pertama, datang tanpa membawa apa-apa persediaan. Terkejut bila daftar murid semuanya 41 orang. Darjah 1, 2, dan 3. Kesemuanya dalam satu kelas yang sama. Minggu lepas,lapor diri guru besar maklumkan murid ada 15 orang. Ingatkan bolehlah 'relax' bila dengar ada 15 orang. Tapi hari ini,fuhhhhhh. Rupanya guru besar silap maklumkan..Hari pertama volume suara ni tak boleh nak dibesarkan. Tenggelam dalam 41 suara yang lain. Walau macam manapun, sesi memperkenalkan diri diteruskan juga sampailah habis kesemua mereka. Malam ni sibuk nak menghafal nama-nama mereka pulak.. Hmm..hari pertama,pengalaman pertama" .
21 Januari 2010: 'Kes Mamam dalam kelas' .

"Hari ni,hari ketiga. Bukupun belum dapat lagi. Apalah nak buat ni. Pukul 2.00 - 4.30 terasa lama sangat. Macam-macam lagu dah nyanyi,sampai dah tak ada idea nak nyanyi lagu apa lagi. Budak-budak,ulang lagu yang ke lima dah letih, kesiannnnn. Tinggal lagi satu jam sebelum balik. Semua muka lapar. Sekolah ni,tak ada waktu rehat. Memang jadual belajar non stop sampai pukul 4.30. Tak sampai hati tengok semuanya lapar, maka makanlah dalam kelas. Selesai makan, guru besar lalu. Buat-buatlah tanya,boleh makan dlm kelas?. Guru besar kata,"Ustazah sebelum ni bagi makan dalam kelas, saya berhentikan". Alamak, takutnya... Macamana nak buat ni,kesian lapar. Jadi, pesanan terakhir sebelum kelas habis,"Boleh makan,tapi sebelum masuk kelas".Hmm,tak sampai hati...


22 Januari 2010: 'Buku baru'.

"Yea,yea dapat buku baru. Semuanya seronok dapat buku baru termasuklah diri ni. Lepas ni tak ada la bising sangat, sebab masing-masing dah ada kerja. Harap-haraplah. Tapi pening jugak, macamana nak ajar tahun 1,2,3 serentak. Mula-mula bahagikan dalam kumpulan ikut darjah masing-masing. Darjah 1 settle, darjah 3 settle. Tapi darjah 2 lain sikit..... Kita tengok la nanti"..
28 Januari 2010: 'Demam'.
"Hari ni masuk hari yang ke 8 mengajar. Demam dan hilang suara. Kelas semakin tak terkawal. Perangai masing-masing baik sangat,terutamanya darjah 2. Sampai demam dibuatnya. Hari kelapan ni,memang rasa nak flet je. Dalam hati tertanya-tanya apalah silap diri ni sampai perangai diorang semua jadi macam ni. Darjah dua yang paling baik sekali,nak denda tak sampai hati. Jadi dengan penuh emosi terkeluar daripada mulut ni,"Ustazah tak mau kawan darjah 2". Bila diorang tanya,senyap je,buat tak tau.Hanya layan darjah 1 dan 3 je. Darjah 2, semua muka monyok je. Sebelum balik,ku terangkan semula dan minta maaf apa yang ku lakukan. Semenjak itu,Ku serahkan seluruh hatiku pada semua tanpa bahagi."


1 Februari 2010: 'Maafkan kami'.

"Kebetulan hari Jumaat,kafa cuti. Hari Isnin di surau semua ikut solat. Lepas solat semua nangis-nangis minta maaf.Semua ingat dah berhenti mengajar,sebab tak datang hari Jumaat. Alah kesiannya, mana boleh nak tinggalkan semua,dah beri hati.. Masuk kelas, atas meja ada kad diorang buat sendiri ramai-ramai. Diorang tulis"Kami minta maaf. Kami hadiahkan hati kami juga". Alamak ternangis dalam kelas pulak,semua nangis. Hari tu,semua jadi baik, dengar cakap. Yang paling bising dulu,ku lantik jadi penolong. Memang semua betambah baik. Alhamdulillah. Harap boleh kekal sampai bila-bila".


9 Februari 2010: 'Sanah Hilwa'.

"Sambutan hari lahir untuk semua yang lahir bulan satu dan bulan 2. Kek buat sendiri,jampi-jampi bagi diorang sume baik..Seronok,macam dengan kawan-kawan pulak. Sebelum balik bagi semua sorang satu hadiah sikit. Lega, tak dapat nak sambut hari lahir adik. Tapi dapat sambut dengan adik-adik.."

Sampai sekarang...

"Alhamdulillah semua baik, makin rapat. Pukul 1.30 datang sek mesti diorang sume tunggu kat pagar. Waktu balik pun sama. Sayangnyaaaa.. Macammana lah nak tinggalkan diorang semua nanti..Well, pengalaman pertama.."