Khamis, 25 November 2010

Penyembuh Ujian,Fasobrun Jameel..




Dalam kesibukan hari-hari yang mendatang yang menuntut sebuah tanggungjawab, janji kesibukan yang tanpa henti, keletihan yang tanpa penghujung, kebimbangan dan kerisauan yang tanpa kesudahan.


Kadang-kadang tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati seseorang yang amat kita sayangi, dan tanpa kita duga kita telah menzalimi hati seseorang yang amat kita kasihi. Betapa pedih dan peritnya kesakitan hati itu hanya dapat diluahkan dalam buti-butir air mata yang sentiasa mengalir.


Kala itu, hanya kalimah sabar yang menyejukkan hati. Setiap dugaan, mahupun ujian SABAR adalah jalan yang terbaik. Sabar itu tiada tahap, jika sabar itu bertahap maka hilanglah sifat sabar itu. Bukankah sabar itu separuh daripada iman. Ingatlah yang kita bukan bersendirian. Belajarlah bersabar dalam setiap ujian. Pujuklah hati supaya memaafkan walaupun hati terasa disakiti dan dizalimi. Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W.:



"Barangsiapa DIUJI lalu BERSABAR, DIBERI lalu BERSYUKUR, DIZALIMI lalu MEMAAFKAN, MENZALIMI lalu BERISTIGHFAR, maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong dalam orang-orang yang memperolehi HIDAYAH"

( H.r Al-Baihaqi)

Pernahkah kita terfikir. Beradanya kita disaat ini, diketika ini, dengan kejayaan yang kita miliki sekarang, dengan rezeki yang kita perolehi hari ini, adalah daripada doa mereka yang kita tidak pernah kenal dan tahu siapa. Boleh jadi doa daripada ibu bapa, guru-guru, sahabat handai, saudara mara, seseorang yang menyayangi kita, dan mungkin juga dari orang yang hatinya disakiti.

Bukankah malaikat akan mengaminkan doa orang yang berdoa untuk kebaikan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu. Dan setiap kali kita berdoa untuk kebaikan seseorang, setiap kali itulah malaikat berkata " Amin, dan bagimu juga seperti itu". Seandainya doa kita dimakbulkan, Allah menyayangi kita, seandainya doa kita lambat dimakbulkan, Allah ingin menguji kita, dan sekiranya doa kita tidak dimakbulkan Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Ingatlah, walau apa yang terjadi sekalipun itu tanda Allah sayang kepada kita. Kadang-kadang ujian yang mendatang terlalu perit sehinggakan kita terjatuh dan terduduk. Dan pada masa itulah kita sedar hanya Allah yang bersama kita. Mungkin kita terlalu leka sehingga melupakanNya, apabila ditarik sedikit nikmat barulah kita terasa. Kita merintih dan menangis hanya padaNya. Malaikat berkata, Ya Allah adakah Kau makbulkan doa hambaMu ini. Lalu Allah mengarahkan malaikat agar menahan doa hambaNya itu dahulu, kerana Allah sangat merindui rintihan dari hambaNya.

Mudah-mudahan kita dikurniakan sifat sabar. Dengan berkat beradanya kita di Bumi Anbia' ini juga doa kita akan dimakbulkan. InsyaAllah, Amin..

Isnin, 15 November 2010

Maahad Fatayat Lil Banat Mansurah

Maahad Fatayat Lil Banat Mansurah, merupakan madrasah ilmu bagi mahasiswi Malaysia yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Takhasus Qiraat. Maahad Fatayat Lil Banat Mansurah khusus untuk siswi. Manakala Maahad Qiraat Shoubro di Kaherah bagi siswa.

Mempelajari ilmu Qiraat A'syarah (Qiraat sepuluh) pada peringkat Ijazah. Iaitu tambahan daripada Qiraat Saba'ah (Qiraat tujuh) pada peringkat Diploma. Sesi pengajian bagi Takhasus Qiraat bermula jam 1.30 p.m hingga 3.00p.m bagi hari Sabtu dan Ahad. Bagi hari Isnin hingga Khamis kelas bermula jam 1.15 p.m - 3.oo p.m.

Laluan harian, pergi balik Maahad


Kitab Qiraat, jilid satu..


Koridor Maahad




Ahad, 14 November 2010

Mansurah_Pelembahan Nil

Jazirah al-Ward adalah gelaran yang diberikan kepada ibu negeri Dahqaliah Mansurah, salah satu negeri di Mesir. Pelembahan Nil juga merupakan gelaran lain bagi bumi Mansurah kerana mempunyai aliran Sungai Nil yang utama selain Kaherah (Cairo) dan Iskandariah (Alexandaria). Bumi yang penuh barakah ini juga merupakan pusat warisan ilmu beberapa ulama' terkenal di Mesir.

Jumlah pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah semakin bertambah. Kuliah di Mansurah:
Pelajar ikhwah (lelaki):
A) Kuliah Usuluddin dan Dakwah.
B) Kuliah Lughah Arabiah dan Adab.

Kuliah bagi pelajar akhawat (Perempuan):
A) Kuliah Syariah Islamiah.
B) Takhasus Qiraat
C) Kuliah Lughah Arabiah dan Adab
D) Kuliah Usuluddin dan Dakwah

Universiti Mansurah
~Konvesional
~Intagrated (Manchester)
~Dentisty (Pergigian)
~ Farmasi

Perjalanan dari Kaherah ke Mansurah mengambil masa dua jam setengah atau tiga jam dengan menaiki bas ekpress. Harga tiket dari sepuluh junaih hingga 15 junaih. Kita dapat lihat Sungai Nil kanan, dan Sungai Nil kiri, sayur-sayuran seperti bawang, kubis, kentang dan lain-lain,buah-buahan (musim sejuk) seperti delima, limau dan anggur.
Kehidupan di Mansurah tidaklah terlalu bandar seperti di Kaherah. Jadi segala barang keperluan harian murah sedikit berbanding Kaherah. Begitu juga dengan sewa rumah. Jika di Kaherah sewa rumah beribu, tetapi di Mansurah 300 ke 400 junaih sahaja. 400 junaih sebulan sudah cukup untuk perbelanjaan di Mansurah. Nafsu membeli memang ada, tambahan pula Mansurah memang banyak jubah dan abaya yang murah sangat. Itulah pentingnya money management, supaya dapat tahu aliran duit keluar masuk setiap bulan. Tetapi perlu juga seseorang yang , mengingatkan dan kalau boleh seseorang yang pegang kad bank. Apa-apapun, kena belajar uruskan kewangan sendiri dan jangan boros berbelanja!..
Bagitulah serba sedikit mengenai Mansurah sebagai gambaran bagi mereka yang sentiasa terbayang-bayang "Mansurah ni macamana?". Mungkin sebagai panduan juga untuk adik-adik banat Itqan yang akan datang tahun depan. Sekian dahulu, Salam aidil Adha dari ku yang jauh di Pelembahan Nil..

Kebun Anggur


Kebun Limau

Sungai Nil



Isnin, 8 November 2010

::Semoga kita semua memiliki cinta yang kita cari::

"Selamat Pengantin Baru Ummu Hani".. Alhamdulillah, selamat dah kawan yang sorang ni.. Dulu-dulu main undi-undi sape kawin dulu, kebetulan memang Ummu kawin dulu.. Kalau ikut giliran, lepas ni siape ye?. Nakiah dengan Safura macam dah dekat je:)...Tahniah untuk Safura, dia pun dah mengatur langkah. Cuma tinggal step yang seterusnya. Ha Puya bila lagi?... Si Ratu Jemapoh, Nakiah. Lepas ni bersedialah mungkin lepas ni turn kau.. Turn emrul???? Kalau ikut apa yang emrul mimpi dan apa yang kita undi dulu, giliran emrul yang terakhir sekali.. Betul tak??. Seronok tengok kawan-kawan emrul semua ni, dah kawin, dah tunang.. emrul nak rasa jaga anak korang dulu, baru emrul kawin..hehehe..

Terima Kasih korang semua, kerana mendoakan emrul kekal dengannya, mengingati dan menasihati emrul bila emrul lalai dan leka. Safura, terima kasih kerana menjadi pendengar emrul yang paling setia. Semoga UmmuHani, Nakiah, dan Safura menjadi isteri yang solehah untuk suami yang soleh. Dan emrul, menjadi sayap kiri yang baik untuknya. Emrul akan tetap ingat yang emrul bukanlah yang paling layak untuk menjadi seorang isteri kepada seorang yang terlalu baik untuk emrul, tapi emrul akan tetap berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Alhamdulillah, 22 Oktober tahun ni genap 4 tahun. Dan bukan senang untuk kekal seperti sekarang. Terima kasih untuk seseorang yang sudi menjaga emrul.Semoga alang, naki, puya, dan emrul tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.. Sayang korang sume...