Ahad, 25 Julai 2010

Kesedihan itu hanya seketika.... dan ia telah diganti dengan yang lebih baik lagi...


Assalamualaikum...Begitu padat jadual di PITT dan BTN sehingga tiada masa langsung untuk menghadap laptop..Rezeki yang datang secara tiba-tiba dan tanpa disangka membuatkan saya tidak sempat untuk membuat apa-apa persediaan. Sesungguhnya perancangan Allah itu lebih baik. Hanya seketika saya diuji dengan kesedihan tidak dapat menyambung pelajaran ke Mesir.. Sungguh, kesedihan itu teramat dalam..


Buntu..Alhamdulillah satu-satunya kawan saya yang masih berada di Malaysia, Safura memberikan jalan keluar dari segala kebuntuan. Dan penyelesaian dari segala kebuntuan ini, ialah SMUTEM, Darul Quran. Ketika itu, dalam fikiran saya DQ itu sajalah jalan terbaik untuk saya ke Timur Tengah. Segala urusan dibuat, penyerahan pasport dan duit tiket saya jelaskan pada hari Isnin, 5 Julai 2010. Dan saya dijangkan akan bertolak ke Mesir pada 15 September 2010 bersamaan 6 Syawal..


Tiba-tiba...........Satu panggilan telefon pada pagi Khamis, 8 Julai 2010 mengubah segalanya. Selalu saya tidak akan angkat panggilan yang entah dari siapa-siapa. Tapi pagi itu, terasa lain.. Panggilan diangkat, dan salam diberi.. Soalan pertama yang keluar "Jika anda diberi tajaan MAINS untuk ke Timur Tengah sepeti kawan-kawan anda sekarang, anda nak?". Dan respond pertama yang saya berikan ialah...KETAWA,TERGELAK...saya fikir kawan-kawan nak main-mainkan saya. Mana tidaknya, gila apa MAINS nak taja saya padahal Mains dah hantar surat dukacita untuk saya.. Jadi,harapan nak pergi dengan Mains tiada..."Ish,gelak pulak..ni betul-betul ni". Saya susah nak percaya jadi pagi itu jugak saya pergi ke pejabat SMATT di Pusat Dakwah,Paroi....Barulah percaya...Alhamdulillah..sujud syukur..


Hari itu juga saya ke Darul Quran untuk ambil semula pasport.. Duit tiket semua saya dah tak fikir, dan tak terfikir langsung masa tu.. Yang saya fikir, saya dapat pergi sama-sama dengan kawan saya,Safura.. Alhamdulillah, saya dapat selesaikan semua urusan pada hari itu.. Dan saya masuk PITT pada hari Sabtu 10 Julai 2010. Sempatlah saya berkursus PITT selama seminggu, dan BTN pada minggu depannya.. Sekarang saya sedang sibuk menyiapkan segala persediaan ke Mesir. InsyaAllah saya akan bertolak pada 2 ogos 2010 jam 3.00 a.m..


Di saat kesedihan saya yang lalu, ada kata-kata seorang teman yang saya sematkan dalam hati. "Jangan putus harapan dengan Allah". Saya fikir,yang saya tidak akan dapat langsung pergi dibawah tajaan Mains.. Sekarang siapa sangka.. Betul cakap sahabat saya Nakiah,"Bersabarlah, mungkin ada rezeki yang lebih besar selepas ini"..


Saya berjaya sekarang bukan sebab diri saya. Tetapi disebabkan doa orang lain yang lebih Allah makbulkan doanya. Alhamdulillah saya masih mempunyai seorang ibu yang sentiasa mendoakan saya, sesungguhnya doa seorang ibu itu tiada hijabnya.. Doa seorang ayah..Doa dari adik-adik. Doa dari seorang teman yang telah sebati dengan hati ini, yang tidak putus-putus mendoakan. Doa dari guru-guru. Doa dari kawan-kawan seperjuangan yang memberi semangat dan kekuatan. Doa dari seorang along yang tidak mempunyai apa-apa pertalian. Doa tulus dan kudus dari semua yang mendoakan.. Tiada kata-kata yang mampu menzahirkan 'terima kasih' yang teramat sangat pada kalian.. Alhamdulillah, Allah memberikan rezeki yang saya tidak sangka-sangka..Kesedihan itu cumalah seketika,ujian Allah yang sementara..Sesungguhnya Allah telah memberikan yang terbaik untuk saya di sepanjang perjalanan kehidupan saya ini.. Alhamdulillah Ya Allah, ku sujud padaMu Ya Allah..

Selasa, 6 Julai 2010

Selamat belajar Abang..



Sabtu lepas sibuk menghantar abang Aidid belajar nun jauh di Utara.. Mendaftar hari Ahad,tapi sampai di Changlun petang Sabtu. Senang sampai awal,dapat buat persediaan untuk mendaftar esok.. Esoknya, pelajar baru mendaftar mengikut Dewan Penginapan Pelajar (DPP) masing-masing. Ingatkan DPP Aidid dalam kampus induk, rupanya DPP Aidid yang paling jauh. Lebih kurang 4 km ke kampus induk. Jadi terpaksalah Aidid berulang alik ke UUM dengan bas yang UUM sediakan.
DPP di Universiti Utara Malaysia,UUM mengasingkan DPP pelajar mengikut jurusan. DPP untuk jurusan Art and Sciences (UUM COS),DPP bagi pelajar jurusan perniagaan. Dan Aidid di DPP~ SME BANK,Bukit Kachi.. DPP di Bukit Kachi hanya bagi pelajar College Of Law, Goverment and International Studies (COLGIS)..


Aidid insyaAllah akan tamat belajar sama dengan saya kerana tempoh pengajian kami yang sama,3 tahun.. Tahniah, semoga Abang berjaya dunia dan akhirat.