Memaparkan catatan dengan label Anak Murid SKSD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak Murid SKSD. Papar semua catatan

Khamis, 27 Mei 2010

Wajah-wajah mereka..


Selama hampir enam bulan wajah-wajah inilah yang sentiasa mewarnai dan menceriakan hati ini... Segala derai tawa, esak tangis merekalah yang memadamkan rasa sunyi dan sedih yang bersarang jauh di sudut hati. Dan wajah-wajah inilah jua yang akan membuatkan saya sentiasa rindu.....
Sesi bergambar dalam surau:
Masa untuk belajar azan dan iqamah


Abdul Rahman, Zikry dan Anas yang kiut miut
Gaya-gaya anak-anak murid



Group lelaki,ketua kelas yang tengah sekali tu




Group perempuan yang solehah,sebelah kiri tudung putih tu penolong ketua kelas.

Sesi bergambar dalam kelas:


Tasmi' bacaan tahiyat Anas, tapi sempat lagi yang lain curi-curi amik gambar.

Pencil case bear-bear tu pun termasuk dalam gambar??


Dari kiri Amir, Si Kyut Danial, dan Si Encem Firdaus


Takut untuk meninggalkan mereka semua nanti. Bila tiba masanya, pasti.......Saya tidak akan meninggalkan mereka dengan tangisan semata-mata. Tetapi saya mengharapkan ada sesuatu yang akan terlekat di sanubari mereka. Bukan saya mengharapkan untuk diingati oleh mereka, tetapi besar harapan saya untuk mereka dapat sesuatu daripada saya. Saya nak lihat Siti Sarah dari kelas pemulihan sudah pandai baca tahiyat. Saya mahu lihat, Masyitah tahun tiga pandai baca jawi. Saya ingin lihat Anas tahu bacaan solat walaupun dia tidak tahu membaca. Saya teringin lihat mereka semua dapat sesuatu daripada apa yang saya ajar mereka semua selama ini. Harapan saya besar, supaya satu hari nanti saya akan lihat mereka semua semula, JADI seseorang yang MENJADI!!

Rabu, 26 Mei 2010

Tangan-tangan Kecil itu......

Saya abadikan hasil tangan-tangan kecil anak-anak murid saya di dalam blog ini..

Inilah hasil tulisan Jawi Aman,murid tahun satu. Dan hasil kerja Arif Ikmal dalam buku aqidah.


Tulisan jawi Abdul Rahman.


Muhammad Arif Ikmal.

Hari Jumaat selalunya tak ramai murid yang datang. Ada diantara mereka yang mandi sungai, jaga lembu, cari cendawan kukur, dan macam-macam lagi aktiviti-aktiviti mereka ni. Biasalah dunia kanak-kanak, dulu masa saya mengaji KAFA di Masjid Tampin Linggi macam itu jugak. Jadi, disebabkan separuh daripada 45 orang tidak hadir..Saya 'postpone' bab yang sepatutnya diajar pada hari Jumaat kepada hari Isnin minggu berikutnya. Supaya tiadalah nanti murid-murid yang ketinggalan. Oleh kerana mereka ni suka melukis, jadi hari Jumaat minggu lepas tiada sesi pnp. Hanya sesi lukis-lukis saja. Seronok semua tak belajar hari Jumaat tu. Dan inilah hasilnya:

Nur Sabrina, tahun tiga.



Muhammad Danial, tahun dua.




Syarul Fikri, Pra sekolah.





Muhammad al-Amir,tahun tiga.



Muhammad Amirul Izzani, tahun tiga.





Siti Sarah, kelas pemulihan.




Muhammad Rosman, tahun dua.









Rabu, 19 Mei 2010

Tidak meraikan tetapi diraikan.


"Assalamualaikum, kepada semua guru, cikgu, pensyarah, dan mereka yang bergelar pendidik. Selamat hari guru, terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu selama ini. Teruskan perjuanganmu dalam menaikkan martabat dan peradaban manusia. Selamat Hari Guru buat semua"..

Tahun ini, sambutan Hari Guru tak sama macam tahun-tahun sebelumnya. Ya la, sebelum ni menyambut Hari guru sebagai seorang pelajar. Tetapi kali ini menyambut Hari Guru sebagai seorang guru..

Kalau dulu, sebelum 16 Mei golongan pelajarlah yang 'busy' menguruskan program sambutan Hari Guru. Termasuklah saya. Walaupun mesyuarat PAKSI dah selesai, dan segala masalah telah dibincangkan. Ada juga yang masih meneruskan mesyuarat pintu dan mesyuarat tingkap..Macam-macam daaaaaa. Semuanya bagi memastikan sambutan Hari Guru nanti berjalan dengan lancar dan sempurna. Walaupun kami mengharapkan segala yang terbaik bagi program ini, namun tidak dinafikan ada juga cakap-cakap belakang, ada juga yang 'sok,sek,sok,sek',dan tidak kurang juga segelintir yang complain. Biasalah, sebagai pihak yang mengendalikan program kami terima segala teguran yang di berikan. Kami telah menjalankan semua dengan sebaiknya, tetapi kepada Allah kami serahkan segala pengakhiran.Kami juga telah merancang, dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik..Walau apa keadaan sekalipun,saya tetap saaayang PAKSI!!


Sekarang dah berbeza suasana, tiada lagi suasana meraikan. Dah tak ada mesyuarat-mesyuarat. Tak ada lagi progam meraikan tetapi menjadi seseorang yang diraikan.Barulah benar-benar mengerti bagaimana perasaan seorang guru apabila diraikan oleh murid-muridnya.Terasa sejuk hati ini,dingin seperti salji. Terharu bila melihat hadiah-hadiah anak murid.Kebanyakan murid-murid Sek Sungai Dua adalah 'budak-budak kampung', miskin, masih mentah.Jadi hadiahnya pun sekadar termampu. Sedih sangat bila tengok hadiah yang dibalut menggunakan kertas garis satu saja. Alahai, bukan sedih dapat hadiah macam tu, tapi sedih melihatkan kesungguhan mereka dalam memenangi hati seorang guru. Menitik air mata bila baca kad kertas garis satu Siti Sarah, "Ustazah,saya minta maaf sebab tak beli hadiah. Saya tak ada duit". Tak tahu kenapa hati dan jiwa ni terlalu sayang pada mereka semua.Pengalaman mengajar sekolah ini,tak sama dengan sekolah sebelum-sebelum ni.Mungkin itu antara hikmah Allah tempatkan saya jauh di sekolah kampung dan tidak di sekolah lain. Sampai termimpi-mimpi diorang semua..Saaaayang sangat semua murid tahap satu Sek Sungai Dua..


Kepada semua ustaz dan ustazah,guru,cikgu,teacher dan tenaga pengajar yang telah banyak mencurah ilmu kepada saya,saya ucapkan "Selamat Hari Guru,hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.Terima kasih atas segala penat lelah serta jerih payahmu yang mengajarku menjadi seorang insan. Saya tetap bergelar anak muridmu walaupun sudah bergelar seorang guru". 2006-2009 (Institut Tahfiz al-quran Negeri Sembilan), 2004-2005 (Sek. Men. Agama Sains Kuala Pilah), 2001-2003 (Sek. Men. Keb Datuk Mansor), 2001 (Sek. Men. Keb Datuk Muhd Yusof),1997-2000 (Sek. Ren. Keb Linggi), 1995-1996 (Sek. Ren. St. Aidant),1993-1994 (Tabika Kemas Rumah Rakyat Jambu Lapan),1992 (Tabika Kemas Kuala Pilah)..Saya Saaaayang semua cikgu saya....

Rabu, 28 April 2010

Syurga?..Neraka?..

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin kongsikan satu kisah seorang Ustaz dengan murid-muridnya.
Ustaz tersebut mengajar pelajar tahap satu, maksudnya murid-murid ustaz tu darjah satu,dua dan tiga.
"Hari ini Ustaz akan ajar bab dosa dan pahala. Bab dosa dan pahala ini berkait rapat jugalah dengan Syurga dan Neraka." Setelah panjang lebar penjelasan Ustaz tersebut mengenai dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Ustaz pun bertanya pada anak-anak muridnya. "Syurga 'best', macam-macam ada, ada istana yang besar-besar, ada banyak makanan, kita minta apa-apa pun mesti dapat. Lepas ni,siapa nak PERGI Syurga?". Semua murid dalam kelas angkat tangan, kecuali yang seorang ni. Ustaz hanya biarkan. Tanya soalan kedua pula." Neraka panas,ada api yang membakar,mendidih,semua orang jahat masuk neraka. Lepas ni, siapa nak PERGI Neraka?". Semua murid tak angkat tangan,termasuk yang seorang tadi. "Bagus,semua tak nak pergi neraka la ni?". Murid-murid semua angguk kepala.
Sekarang, Ustaz dah pening kepala pulak.. Kenapa yang seorang ni tak angkat tangan. Pergi Syurga tak angkat tangan, Neraka pun lagilah tak angkat tangan. "Kenapa kamu tak angkat tangan masa Ustaz tanya tadi? Kawan-kawan semua nak Pergi Syurga, kamu tak nak pergi sekali ke?". Dengan selamba murid itu menjawab. "Ayah saya pesan lepas Sekolah Jangan Pergi mana-mana". Ustaz menahan gelak. Kelakar betul anak murid Ustaz ni. Tak sangka ada murid yang macam ni. Betul-betul dengar pesan ayahnya. Sambil menahan sisa-sisa ketawa yang tinggal, Ustaz berkata."Ustaz ingatkan kenapa kamu tak angkat tangan tadi. Rupanya kamu patuh pada pesan ayah kamu,bagus".
Cerita ini saya dengar masa kuliah maghrib minggu lepas,yang disampaikan oleh Imam Hamdan. Saya tulis dalam blog supaya boleh di baca oleh kawan-kawan semua. Terima kasih kerana membaca.Sekian dahulu..
InsyaAllah,panjang umur,ada kelapangan masa kita jumpa lagi.. Wassalam..