Isnin, 21 Jun 2010

"TIDAK MASIN walaupun di kelilingi LAUT yang MASIN"



Alhamdulillah, semalam bermula sesi persekolahan bagi penggal kedua. Rindu pada anak-anak murid hilang bila bertemu semalam. Al-maklumlah, sudah dua minggu bercuti daripada melihat kerenah dan kenakalan mereka..


Oleh kerana,bercuti panjang.. Maka bermacam-macamlah perangai mereka. Perangai yang baru-baru belaka. Sebelum cuti sekolah dulu, semuanya demam bola. Asyik nak main bola,dalam kelaspun main bola.. Tapi lepas cuti ni, kehangatan main bola dah hilang.. Muncul pula satu 'aktiviti' baru...Sambil tasmi' bacaan tahiyat pelajar perempuan, adalah satu group pelajar tahun satu lelaki buat 'aksi' yang tersangatlah 'fofular' sekarang ni. Mana tidaknya,selalu keluar di TV.


"Wawa, kawan-kawan kamu buat apa kat belakang tu?"." Ustazah, diorang SHUFFLE". Rasa nak jatuh jantung ni,bila masa ada subjek SHUFFLE kat sekolah?.."Semua kat belakang tu,sini kejap..cepat-cepat..ustazah rindula dengan semua". Mulalah mereka tersipu-sipu malu,menampakkan barisan gigi yang gongak..~.~ "Buat apa kat belakang tadi,ustazah tak pernah tengok pun". "Alaaa, kita SHUFFLE". "Siapa yang ajar tu,kawan-kawan ye. Cuba tunjukkan ustazah siapa yang ajar tu?"."Ustazah tak kenal ke,ARIL". "ARIL?,ARIL yang mana ni.Tak kenallah". Sebenarnya, kenal la sikit ARIL tu siapa. Tapi saja menampakkan diri ini tak tahu.."Ala ARIL lah ustazah,yang 'KAU DAN AKU".. Ish, pandai betul. Tahu pulak Aril berlakon rancangan Kau dan Aku.... "Ok,lepas ni tak mau buat macam tu lagilah,tak comel macam tu,tak baik, kamu semua baikkan?" Beriya-iya semua mengangguk.. "Bagus, budak baik tak buat macam tu..Janji dengan ustazah tau". Cukup tahap pertama mendidik mereka hari itu.



Anak-anak di sekolah telah diajar lengkap dengan ilmu Fardhu Ain. Subjek Agama Islam,di tambah dengan subjek J-QAF. Dan tidak ketinggalan silibus KAFA pada waktu petang. Tidak cukup belajar quran di sekolah. Dihantar pula ke rumah ustaz atau ustazah bagi memantapkan lagi bacaan quran.. Hebat,Hebat..Bagus,tahniah ibu bapa ambil berat.. Ibu bapa perlu ingat ilmu al-Quran bukan setakat di baca untuk 'Cepat Khatam'. Tetapi sebenarnya, ilmu al-Quran dan ilmu Fardhu Ain ini bertujuan untuk menjadi 'perisai' bagi melindungi mereka..


Kebal untuk apa?.. Kebal dalam mengharungi dunia kanak-kanak mereka yang penuh pemangsa. Pemangsa inilah yang membentuk akhlak, pemikiran dan cara befikir mereka. Pemangsa yang ada didepan kita, tetapi kita tidak menyedarinya. Pemangsa utama ialah TELEVISYEN. Saya akui, pengaruh televisyen dalam jadual harian mereka di rumah amat mencabar. Rancangan ini, rancangan itu. Sebelum cuti sekolah dua minggu inipun, TV ini telah mengatur program untuk mereka. Hari Ahad,rancangan ini. Hari Isnin rancangan itu..Sampailah berakhirnya cuti sekolah, jadual mereka sudah lengkap dengan program di TV.



Semasa Perjumpaan Guru-Guru KAFA Peringkat Kebangsaan minggu lepas. Penceramah menyebut, "Zaman kita sekolah dulu tidak sama dengan zaman sekarang". Saya sokong.. Mana tidaknya, dulu rancangan kanak-kanak tidaklah 'berlambak' seperti sekarang. Bolehlah dikatakan kartun-karun dulu, 'sopan' dan memberi pengajaran. Tapi,kartun sekarang...Aduhai, kartun pun dah pandai 'seksi' dah ada babak 'kissing', bahasa yang digunakan juga melampau..Dulu,waktu malam rajin mengaji sebab rancangan TV tak sesedap mana.. Tapi waktu mengaji sekarang perlu bersaing pula dengan siaran kartun di 'ASTRO Ceria, Cartoon Network, Nickelodeon dan Disney channel.


Guru-guru sudah membantu mendidik 'Ilmu Perisai' ini di sekolah, dari jam 7.30 pagi hingga jam 5. 00 petang. Tugas ibu bapa pula memantau perkembangan sahsiah anak-anak dirumah. Tidak apa sekali-sekala menonton TV, asalkan rancangan yang baik. Bukan menonton rancangan yang mengajar anak-anak 'terlompat-lompat','menyanyi-nyanyi', 'Shuffle-shuffle'. Ajarlah mereka membuat pilihan yang terbaik bagi diri mereka dengan bimbingan ibu bapa.

Anak-anak perlu kita jadikan sepeti ikan di laut..Yang tetap TIDAK MASIN walau tinggal di LAUT yang MASIN!!

Jumaat, 11 Jun 2010

Mengapa mesti malu?




Kebetulan semalam Allah mempertemukan saya dengan kawan lama yang dah enam tahun tak jumpa.Fuhh,tempoh enam tahun itu memang memberikan banyak perubahan pada dia dan saya.Dia tak sangka saya jadi macam ini,dan saya tak sangka dia jadi macam tu..Saya suka perubahan dia,dulu lain sekarang lain.Bak kata orang putih,'people change'.Itu saja jawapan kawan saya itu. Walaupun dahulunya kami bukanlah kawan sekelas,tapi team archery yang merapatkan kami.Seronok tengok perubahan dia,tetapi sedih bila dengar cerita tentang kawan-kawan yang lain.Ada yang berubah alhamdulillah,ada yang masih sama dan ada yang makin teruk.Satu jam lebih saya habiskan masa dengan dia,hanya bercerita pasal perkembangan kawan-kawan.



Saya fikirkan,hanya zaman saya sekolah dulu yang ada kes 'malu jadi perempuan'. Rupanya sekarang pun ada lagi.Kebanyakan golongan yang pemalu ini beranggapan bahawa imej perempuan merupakan imej makhluk yang lemah,sering jadi mangsa golongan lelaki. Itu belum lagi anggapan mereka pada golongan muslimah yang lengkap menutup auratnya.Jadi kepada golongan yang masih malu menjadai perempuan,belajarlah:



Menerima hakikat
Setiap sesuatu yang Allah jadikan mengandungi pelbagai hikmah.Sekecil-kecil kuman dan sejijik-jijik najis sekalipun ada hikmahnya.Begitulah juga Allah menciptakan wanita. Mesti ada sebab musababnya.Allah menjadikan wanita penuh dengan sifat-sifat kelembutan dan perasaan yang amat halus. Lelaki pula penuh dengan kekuatan dan kegagahan dari segi mental dan fizikal. Sebab itulah lelaki boleh tahan air mata daripada wanita.. Atas sebab kegagahan itu jugalah lelaki menjadi pelindung kepada wanita.Suami menjadi pelindung kepada isterinya. Lelaki dan perempuan ada keistimewaan tersendiri yang membezakan antara satu sama lain. Semuanya saling lengkap melengkapi, seperti laut dan pantai. Oleh itu, terimalah hakikat kejadian dengan hati yang terbuka. Jika Allah ciptakan kita sebagai wanita bersyukurlah. Dan seandainya Allah ciptakan kita sebagai lelaki, alhamdulillah..



Tidak meniru

Lagi satu, jangan cuba 'ikut-ikut' dan meniru keperibadian orang lain. Kita adalah kita, tidak perlu menjadi orang lain untuk menjadi lebih baik seperti yang kita idamkan. Seandainya kita mengikut imej orang lain,itu bermakna kita tidak berpuas hati dengan apa yang Allah tetapkan keatas kita. Walhal,Allah telah menjadikan setiap orang ada keunikan yang tersendiri. Begitu juga lelaki dan wanita. Jadi tidak ada sebab seorang wanita itu harus menukar imej dirinya menjadi lelaki atau sebaliknya.



Untuk mengetahui semuanya sama


Janganlah malu untuk jadi wanita.Wanita bukannya makhluk kelas kedua atau kelas ketiga. Firman Allah dalam surah Isra' ayat 70:

"Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak adam (lelaki dan perempuan)...."

Allah sendiri mengangkat martabat wanita sama seperti kaum lelaki. Tetapi kaum wanita itu sendiri yang merendahkan martabat mereka.Wanita diperguna-gunakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi sahaja. Tubuh badan wanita diperlihatkan kepada umum untuk mempromosikan produk tertentu. Menjadi semakin malu apabila barangan peribadi wanita diiklankan secara terbuka dimedia.Itukah yang dimaksudkan sesetengah orang sebagai kebebasan wanita?.Itu bukan kebebasan wanita,itu suatu penjajahan dalam diri wanita. Allah melengkapkan wanita dengan hukum dan peraturan supaya wanita itu terjaga.



Kesimpulannya, terimalah diri kita seadanya.Daripada kita cuba ikut-ikut sesuatu yang dilarang, ada baiknya kita berlumba-lumba untuk buat sesuatu yang disuruh. Mari kita sama-sama berdoa supaya kita semua mendapat peribadi,identiti dan imej yang diredhai.Dan kita semua menjadi hamba Allah yang lebih baik..

Sabtu, 5 Jun 2010

Pengalaman baru,kenangan baru.....

Alhamdulillah,semuanya selamat. Selamat sampai ke Negeri kelahiranku setelah tiga hari berada di negeri orang. Lihat suasana baru, budaya baru yang tiada di negeri sendiri. Fuhh, macamlah jauh sangatkan?.. Apa-apapun, saya ucapkan terima kasih banyak kepada ITQAN kerana menaja percutian ke Langkawi ni, Cikgu Liza yang bersusah payah menguruskanya, Ustaz Mubarak dan Ustaz Nidzar sebagai guru pengiring kami. Terima kasih dan salam sayang juga untuk ahli bilik saya yang rajin-rajin,comel-comel iaitu Puya,Rysha dan Fariha. Alhamdulillah,tak sangka bilik kita tu boleh dapat anugerah bilik terbaik..

Kapal terbang Air bus, now every one can fly (promo)..Ni la flight saya. Daripada Kuala Lumpur LCCT ke Langkawi. Lebih kurang satu jam perjalanan, tanpa makanan percuma. Lapaqqq.


Nilah menu yang saya dan Puya order, dalam perjalanan balik kami. Nasi gorengni kami share dua orang, mahal sangat. Tapi dah lapaqq punya pasal,hentam sajalah....

Pandangan dari atas tambakan yang dibina di laut,untuk menahan ombak. Langkawi Airport bersebelahan dengan pantai. Itu semua usaha-usaha manusia, tetapi perlu diingat Sesunguhnya Allah itu lebih berkuasa daripada kekuasaan manusia. Kekuasaan Allah meliputi seluruh makhluk ciptaanNya.



Kalau tak silap,Pulau yang tengah-tengah sekali Pulau Beras Basah. Yang kanan sekali Pulau Kentut Besar,tapi sekarang dah tukar nama kepada Pulau Intan Besar. Pulau Kentut Kecil atau Pulau Intan Kecil tak ada dalam gambar ni. Tourist Guide bagi tahu, asal nama Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil daripada seorang ni,tak ingat namanya Mat Cincang kot, dia terkentut besar maka jadilah Pulau Kentut Besar. Kemudian dia terkentut kecil, jadilah Pulau Kentut Kecil. Bak kata Tourist guide tu,itu semua cerita zaman dulu. Sekarang kita boleh fikir realistik..Kelakarkan, ada juga nama macam tu.


Gambaq-gambaq best, awan yang comel-comel,gemuk-gemuk.Semuanya saya catch untuk kenang-kenangan. Maklumlah, first time naik flight.Tapi tak semua saya masukkan dalam blog ni.



Nampak tak,liku-liku sungai?


Taburan awan di sepanjang perjalanan



Gambar ni special bagi saya, cuba tengok hujung sebelah kanan pulau ni. Kalau perasan ada sebuah masjid. Jauh daripada bangunan-bangunan lain. Daripada atas,nampak jelas kubah masjid yang dikelilingi pokok-pokok.

Hari pertama kami, di Lang Square:



Hari kedua:

Sarapan pagi dulu di tempat penginapan, Nadiass inn.



Mangrove tour di sepanjang Sungai Kilim. Berhenti di Fish Farm untuk jumpa ikan pari yang pandai salam dengan orang. Fish Farm ni ada banyak jenis ikan, tapi yang paling best ikan SUMPIT. Saya sorang yang kena sumpit dengan ikanni. Tiga kali ikanni pancut air,abis basah.First time jumpa dengan spesies ikan macamni. Kemudian,kami berhenti di eagle feeding untuk bagi burung helang makan kulit ayam. Seterusnya ke Gua Kelawar untuk cave tour. Dah selesai tiga-tiga tempat kami pergi,barulah balik semula ke jeti Kilim. Terus makan tengah hari di mangrove tour, nasi goreng udang.



Seterusnya,kami ke Langkawi Craft complex. Ada satu benda yang saya nak sangat beli, saya dapat beli di sini. Dah beli,terus pakai, yang lama terus masuk kotak. Tapi sayang,warna putih tak ada. Lagi satu sini, tak boleh amik gambar. Jadi yang dapat amikni semua gambar sorok-sorok yang Rysha amik. Bejaye jugak..


Langkawi kabel car,kami naik berempat. Satu gondola boleh bawa enam orang dengan harga RM 15 seorang.Ketinggian 700 meter dari aras laut. Daripada atas boleh nampak beberapa pulau, dan Thailand.




Tempat penginapanni,lebih kurang macam rombongan PAKSI dulu,dekat dengan Pantai Cherating.Kalini dekat dengan Pantai Cenang. Sambil-sambil tunggu bas ke Sungai Kilim untuk Mangrove tour,jalan kakilah di pantai dulu. Dapat jalan kaki pun jadilah..Seronok.. Sini,semua aktiviti water sport mahal-mahal. Perlu bayar beratus-ratus untuk setengah jam saja. Terutama parachuting and jet skiing. Murah sikit,banana boat. Itupun kalau tak silap Rm 50 seorang untuk setengah jam.Yang nak jimat duit macam saya ni, jalan kaki sajalah.Hari kedua merupakan hari terakhir saya berjalan di Pantai Cenang..

Hari ketiga:

Sampai di Langkawi airport 11.55 am. Flight ke Lcct bertolak jam 1.30 pm. Dan samapi di Lcct,KLIA 2. 55 pm. Keseluruhan pergi dan balik perlu bayar untuk bagasi yang lebih muatan. Pergi 11 kg, dan balik dengan 23 kg. Jumlah keseluruhan RM 5o. Alhamdulillah,ustaz claim dengan travel agensi.

Saya suka kata-kata Ustaz Mubarak, semasa dalam perjalanan ke Airport. "Berjalanlah di muka bumi ini,lihatlah". Allah suruh kita berjalan di muka bumi ini,dan lihatlah segalanya. Tetapi lihat dengan mata hati. Bak kata pepatah orang-orang melayu dulu, 'Jauh perjalanan,luas pandangan'. Sememangnya trip ni,menjadikan kenangan abadi untuk kami berempat.