Rabu, 28 April 2010

Syurga?..Neraka?..

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin kongsikan satu kisah seorang Ustaz dengan murid-muridnya.
Ustaz tersebut mengajar pelajar tahap satu, maksudnya murid-murid ustaz tu darjah satu,dua dan tiga.
"Hari ini Ustaz akan ajar bab dosa dan pahala. Bab dosa dan pahala ini berkait rapat jugalah dengan Syurga dan Neraka." Setelah panjang lebar penjelasan Ustaz tersebut mengenai dosa dan pahala, Syurga dan Neraka. Ustaz pun bertanya pada anak-anak muridnya. "Syurga 'best', macam-macam ada, ada istana yang besar-besar, ada banyak makanan, kita minta apa-apa pun mesti dapat. Lepas ni,siapa nak PERGI Syurga?". Semua murid dalam kelas angkat tangan, kecuali yang seorang ni. Ustaz hanya biarkan. Tanya soalan kedua pula." Neraka panas,ada api yang membakar,mendidih,semua orang jahat masuk neraka. Lepas ni, siapa nak PERGI Neraka?". Semua murid tak angkat tangan,termasuk yang seorang tadi. "Bagus,semua tak nak pergi neraka la ni?". Murid-murid semua angguk kepala.
Sekarang, Ustaz dah pening kepala pulak.. Kenapa yang seorang ni tak angkat tangan. Pergi Syurga tak angkat tangan, Neraka pun lagilah tak angkat tangan. "Kenapa kamu tak angkat tangan masa Ustaz tanya tadi? Kawan-kawan semua nak Pergi Syurga, kamu tak nak pergi sekali ke?". Dengan selamba murid itu menjawab. "Ayah saya pesan lepas Sekolah Jangan Pergi mana-mana". Ustaz menahan gelak. Kelakar betul anak murid Ustaz ni. Tak sangka ada murid yang macam ni. Betul-betul dengar pesan ayahnya. Sambil menahan sisa-sisa ketawa yang tinggal, Ustaz berkata."Ustaz ingatkan kenapa kamu tak angkat tangan tadi. Rupanya kamu patuh pada pesan ayah kamu,bagus".
Cerita ini saya dengar masa kuliah maghrib minggu lepas,yang disampaikan oleh Imam Hamdan. Saya tulis dalam blog supaya boleh di baca oleh kawan-kawan semua. Terima kasih kerana membaca.Sekian dahulu..
InsyaAllah,panjang umur,ada kelapangan masa kita jumpa lagi.. Wassalam..

Ahad, 18 April 2010

Air Mata kasih....


Salam..bulan ni merupakan antara bulan yang sibuk sekali..Bukan bagi saya seorang saja. Tetapi kesibukkan bagi semua, terutamanya kawan-kawan saya yang berada di Mesir sekarang. Begitu juga kawan saya di Malaysia ni.. Ada yang dah selesai menghadapi zon peperiksaan dan ada juga yang belum..Punyalah sibuk sampaikan kawan-kawan yang ada disini,dilupakan seketika. Bukan sengaja ditinggalkan,tetapi demi mengejar cita-cita yang akan menjamin kehidupan masing-masing pada masa akan datang..Jadi bagi saya disini,tidak mengapalah jika tidak ada masa untuk beronline di internet pun. Selagi saya masih diingati oleh 'mereka',oleh 'dia'.. Tak apalah, its okey.. Kepada kawan-kawan semua,selamat menghadapi peperiksaan.Semoga semua dapat keputusan yang mumtaz, dimudahkan segala urusan,dan mendapat segala apa yang di cita-citakan. Tumpukan pada peperiksaan dulu,itu yang lebih penting daripada saya di sini...


Tidak dinafikan rindu itu sentiasa ada. Rindu pada banat itqan,bila dah jauh antara satu sama lain,terasa sunyi duduk sorang-sorang disini,rasa sorang sangat...Dulu bila air mata ini tumpah ada nakiah yang menenangkan,ada puya yang memujuk,ada seseorang yang dapat berkongsi semuanya. Tapi sekarang, air mata ini tersekat dan tertahan oleh ketabahan. Kadang-kadang, tumpah mengalir membasahi pipi.. Dan ia kering sendiri tanpa ada sesiapa disini lagi..Bila dah biasa 'dia' selalu dekat,terasa kehilangan bila 'dia' terlalu jauh...


Harap-harap kita semua masih ingat kenangan kita bersama,walaupun ada kenangan yang lebih indah daripada kenangan kita,mungkin. Kenangan dalam hidup seseorang itukan berbeza-beza..Harap saya di sini masih di ingati,walaupun di sana ada yang lebih baik lagi..........Ya Allah kekalkanlah kami semua,semoga dengan cinta dan rindu ini akan mempertemukan kami semula.... Makbulkanlah permintaan ku ini Ya Allah......

Khamis, 1 April 2010

Nikmat kesibukkan..


Assalamualaikum w.b.t..

Sudah lama saya tidak menulis.. Disebabkan kekangan masa, urusan kerja, ditambah pula dengan kursus dan bermacam-macam hal dunia yang perlu diberi komitmen serta diselesaikan segera. Itulah yang menyebabkan blog saya 'tersadai' seketika. Masa mula-mula buat blog dulu, rajinlah sikit.. Mungkin dulu, tak banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan macam sekarang..


Semua orang mempunyai kesibukkan dan rutin harian yang agak memenatkan.. Hari itu, saya ada baca blog kawan saya. Nakiah namanya,emm barulah saya tahu betapa padatnya jadual dia di Mesir. Ya, semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Dan semua orang juga diberikan jumlah jam yang adil dan saksama iaitu 24 jam sehari.


Kadang-kadang 24 jam itu terasa begitu pantas berlalu. Bangun tidur,dah pagi.. Buat kerja itu, buat kerja ini, tup-tup dah petang. Masak,kemas tengok-tengok dah masuk maghrib.. Lepas itu apa? Lepas itu masa terus berjalan..Hari Isnin, Selasa,Rabu, pejam celik, pejam celik dah jumpa Isnin semula.. Sekejap saja kan?


Nak tahu, ada sebahagian orang sangka waktu tua mereka adalah 'Rest time', masa untuk bermain dengan cucu, tidak sibuk seperti masa muda dulu. Dah pencen la katakan.. Realitinya adalah sebaliknya, "Di kala usiamu semakin tua, semakin besar tanggungjawab yang harus engkau pikul. Maka bertambah pula pengisian terhadap tanggungjawab itu. Waktumu pula akan menjadi sempit, kekuatanmu semakin lemah, kesihatan semakin bermasalah, semangat semakin menurun, sedangkan tanggungjawab serta kewajipan semakin banyak."


Jadi bagi mereka yang sentiasa sibuk diluar sana,teruskanlah.. Alhamdulillah kerana Allah memberikanmu waktu untuk sentiasa sibuk dengan kesibukkan yang penuh manfaat. Walau bagaimana sibuk sekalipun, ikhlaskanlah hati supayakita mendapat keredhoanNya serta pahala yang 'bertop up'. Sememangnya, setiap detik itu penuh dengan kesibukkan yang tidak terduga... InsyaAllah, jika punya masa akan datang saya akan menulis lagi..


Jika ada jodoh,kita bertemu lagi..Ilalliqok, maa'ssalamah..