Ahad, 22 Ogos 2010

Khabar dari Mesir


Assalamualaikum, salam sayang dari Bumi Anbia untuk keluarga di Malaysia dan salam ingatan untuk semua..


Alhamdulillah,setelah lapan jam transit di Qatar. Akhirnya, saya selamat sampai di Mesir pada petang 4 Ogos 2010. Daripada 'airport' terus ke Rumah Negeri Sembilan Kaherah (RNSK) di Hayyu Sabiek. Belum sempat naik bilik,terus join taklimat Program Sambutan Mahasiswa Baru (PSMB). Minggu pertama di Mesir dipenuhi dengan jadual PSMB. Tazkirah, talk show, ceramah, LDK dan riadhah. Tapi yang paling best ialah Jaulah. Sebab dapat jalan-jalan sekitar Kaherah. Saya pergi Kubu Salahuddin al-Ayubi, Makam Saidina Hussin, Masjid Amru al-Haz, Piramid Giza...Macam-macam... Lagi satu 'Cairo by Nite'. Kami pelajar baru naik bas ronda-ronda Kaherah, tengok pemandangan waktu malam. Sempatlah singgah Sungai Nil, minum 'A'sir manju' (jus mangga), first time rasa memang sedap. Yang kelakarnya Cairo by Nite bertukar jadi 'Cairo Good Nite' bila semua lelap dalam bas. Maklumlah letih berprogram sampai tertidur dalam bas...



Sekarang, saya sibuk dengan Kelas Intensif Bahasa Arab di Ketaby Academy. Kelas dari pukul 8.30 pagi samapi 12.30. Setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu. Itupun hari Jumaat ada usrah, Sabtu ada Kelas Tajwid. Saya masih belajar sesuaikan diri, sesuaikan mata Malaysia dengan mata Mesir. Saya belum dapat waktu tidur yang fleksibel. Tambah pula bulan Ramadhan ni, sahur pukul 2.30, ada orang telefon suruh bangun sahur baru bangan. Kadang-kadang tak turun sahur pun. Subuh pukul 3 lebih. Buka puasa 6.30. Solat terawih habis pukul 9.00. Lepas tu, siapkan kerja Bahasa arab pukul 12.00 baru tidur.Itupun kalau dapat tidur.



Macam itulah permulaan hidup di Mesir ni. Sibuk dengan kelas, alhamdulillah daripada mula saya sampai, hinggalah hari ini belum pernah masak sendiri. Sebab makanan semua dah siap masak. Besar pahala orang yang sediakan makanan, terutama bulan Ramadhan ni. Disebabkan terlalu sibuk, saya tak sempat nak update blog selalu. Inipun curi-curi masa untuk tulis khabar dari Mesir. Insyaallah, jika ada kesempatan nanti, saya akan upload gambar-gambar pula.



Semua tanya saya ada face book atau tak.. Jawapannya tidak.. Jadi blog ni sahaja medium terbaik untuk saya mengkhabarkan segala berita dari Mesir terutama untuk keluarga tercinta.. Tiada apa yang perlu dirisaukan, alhamdulillah keadaan saya di sini baik sahaja. Cuma saya mohon utuskanlah pada saya salam ingatan dalam doa kudus sepanjang waktu.. Sekian dahulu khabar dari saya dari kejauhan, insyaAllah jika ada kelapangan saya akan khabarkan berita baru.. Salam sayang buat keluarga di Malaysia...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan