Khamis, 2 Disember 2010

ISU PURDAH : Fatwa Mufti Mesir

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Muqaddimah :

Sekarang isu yang dibincangkan di peringkat global adalah isu pemakaian purdah oleh wanita islam. Ianya dibangkitkan oleh Syeikhul Azhar Mohammed Sayyed Tantawi. Beliau telah membuat keputusan mengharamkan pelajar-pelajar wanita di Universiti Al-Azhar dari memakai purdah ketika berada di dalam kawasan universiti tersebut . Dengan kenyataan beliau sudah pasti menimbulkan polemik di kalangan penganut islam. Alasan yang diberikan beliau adalah untuk menangani amalan radikal di dalam islam. Sekaligus dengan arahan ini, terkesanlah juga siswi-siswi rakyat Malaysia yang belajar di sana.

Radikal = Salafi :

Golongan salafi memang ramai di Negara Mesir. Apa yang saya faham dengan kenyataan Syed Tantawi tersebut yang dimaksudkan dengan radikal ialah golongan salafi. Golongan ini katanya memperjuangkan sunnah Nabi S.A.W. Mereka mengatakan bahawa fahaman lain seperti Mazhab yang empat adalah tidak betul sehingga saya pernah mendengar mereka mengkafirkan orang yang bemazhab selain salafi di dalam khutbah jumaat di salah sebuah Masjid dekat penempatan pelajar Malaysia di Kaherah. Bukan itu sahaja, bahkan diceritakan bahawa mufti Mesir Dr. Ali Jum’ah pun pernah ditumbuk matanya oleh orang salafi ini.Mungkin ini juga salah satu sebab mengapa Syeikhul Azhar ini mengharamkan pemakaian purdah di dalam kawasan Universiti Al-Azhar demi mengharmonikan pelajar-pelajarnya yang belajar mengenai pelbagai mazhab.

Pengalaman Saya :

Semasa saya belajar di Mesir dahulu sekitar tahun 2004, saya lihat banyak juga pelajar-pelajar Malaysia yang memakai purdah. Kebanyakan mereka tidak memakainya sebelum ke sana. Setelah berada di sana mereka mula memakainya. Saya lihat trend memakai purdah di kalangan penuntut Malaysia ini datangnya dari pelajar-pelajar senior yang kemudiannya diwarisi oleh pelajar baru. Setelah pulang ke Malaysia trend ini langsung berubah. Entahlah apa sebabnya? Mungkin malu rasanya berhadapan dengan masyarakat di Negara sendiri. Apa yang nak saya katakan di sini ialah tindakan kebanyakan pelajar perempuan ini memakai purdah kerana ikut kawan bukannya berlandaskan kepada ilmu. Saya 90% yakin bahawa mereka tidak faham sepenuhnya apa yang dilakukan. Bukan itu sahaja malah banyak lagi perkara-perkara lain yang berlaku tidak sepatutnya berlaku contohnya dari sudut larangan ikhtilat (percampuran) dan batas-batasnya. Ia sangat melampau dari yang ditetapkan oleh agama. Hal tersebut tak perlu saya ulaskan panjang lebar di sini. Di sini yang nak di bincangkan adalah berkenaan dengan purdah. Jika diizinkan saya akan sentuh berkenaan perkara lain dalam tulisan yang akan datang InsyaAllah.

Fatwa Mufti Mesir :

Fatwa berkenaan pemakaian purdah ini telah lama dikeluarkan oleh mufti Mesir Dr. Ali Jum’ah di dalam bukunya yang bertajuk “Al-Bayaan”. Berikut adalah ringkasan fatwanya :

Purdah atau niqab bermaksud kain yang menutupi wajah perempuan. Beza antara hijab dan purdah ialah : Hijab menutup seluruh badan manakalah purdah hanya menutup muka sahaja.

Jumhur Ulama mengatakan bahawa seluruh tubuh wanita adalah aurat kepada lelaki bukan muhrim kecuali muka dan pergelangan tangan. Demikian kerana wanita juga berhajat kepada berbagai urusan harian dengan kaum lelaki seperti jual beli. Jadi hukum memakai purdah mengikut jumhur adalah sunat.

Imam Abu Hanifah : Kaki perempuan tidak termasuk aurat. Jadi ianya boleh didedahkan. Hujahnya bahawa Allah S.W.T menegah wanita dari memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir sahaja. Kaki juga termasuk anggota yang zahir. Pada mazhab ini, perempuan boleh mendedahkan muka, pergelangan tangan dan kaki.

Mazhab Ahmad Ibnu Hanbal : Setiap inci tubuh wanita adalah aurat kepada bukan muhrim. Maka seorang wanita itu mesti menutup keseluruhan tubuhnya.

Dallil Jumhur : Firman Allah Taala yang bermaksud : “dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. (An-Nur : 31)

‘Yang nampak dari padanya’ dalam ayat di atas bermaksud tempat perhiasan dapat dilihat. Celak merupakan perhiasan wajah manakala cincin pula perhiasan tangan. Kedua-duanya tidak dapat disembunyikan.

Dalil Sunnah : Sebuah Hadis diriwayatkan oleh Aisyah r.a yang bermaksud :

“Sesungguhnya Asma’ bt Abu Bakar datang kepada Rasulullah dengan pakaian yang nipis lalu Baginda pun berpaling darinya dan berkata : Wahai Asma’, sesungguhnya seorang perempuan apabila telah baligh tidak boleh memperlihatkan tubuhnya kecuali ini dan ini” sambil Nabi menunjukkan wajah dan kedua belah pergelangan tangannya. ( Hadis riwayat Abu Daud)

Dalil Sunnah yang lain :

Sebuah Hadis berkenaan Nabi memberi peringatan kepada kaum wanita dalam sebuah majlis agar bersedekah kerana dengan sedekah itu dapat memadamkan api neraka. Lalu bertanyalah seorang wanita dari kalangan mereka yang kedua-dua pipinya bebintik : “Kenapa ya Rasulullah…”(Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasai, Ahmad dan lain lagi). Perawi Hadis ini ialah Jaabir r.a.

Hadis di atas menunjukan bahawa perempuan yang bertanya itu wajahnya tidak memakai purdah.

Pihak yang mempertahankan purdah mengatakan bahawa hadis diatas telah dimansuhkan dengan suruhan memakai purdah. Tetapi tidak ada satu pun dalil yang memansuhkan hadis tersebut.

Mereka juga menggunakan dalil Al-Quran untuk mempertahankan hujjah mereka iaitu ayat dari surah Ahzab yang bermaksud :

Hai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, Kerana itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

( Al-Ahzab : 59 )

Di dalam ayat ini juga tidak ada dalil yang jelas agar memakai purdah.

Al-Murghinani dari mazhab Hanafi menyatakan bahawa : Tubuh wanita keseluruhannya adlah aurat kecuali muka dan kedua pergelangan tangannya. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi yang berbunyi : “Wanita adalah aurat yang ditutupi”Pengecualian muka dan pergelangan tangan kerana keduanya mudah dilihat. Beliau menjelaskan lagi bahawa Hadis tersebut menjadi dalil bahawa kaki itu aurat. Tetapi menurutnya pandangan yang mengatakan kaki itu bukan aurat adalah lebih sahih.

Ibnu Khalaf al-Baaji ulama mazhab Maliki menyatakan bahawa : Seluruh tubuh wanita itu aurat melainkan wajah dan pergelangan tangannya. Katanya lagi : Kekadang seorang wanita itu akan makan bersama suami dan tetamu suaminya atau tetamu saudaranya. Demikian menjadikan hukum melihat wajah dan pergelangan wanita itu adalah harus. Ini kerana kedua-dua anggota tersebut akan kelihatan ketika makan.

Ibnu Hajar Al-Haitami menukilkan daripada Qadhi Iyadh bahawa mengikut ijmak ulama, wanita tidak diwajibkan menutup mukanya.

Cara berpakaian berkait rapat dengan adat sesuatu kaum. Dengan melihat keadaan semasa di Negara Mesir, adalah lebih sesuai berpegang kepada pandangan jumhur yang mengatakan tidak wajib memakai purdah. Wanita yang menutup wajahnya dengan purdah dipandang asing dalam masyarakat hari ini dan menjadi punca kepada perpecahan. Adapun bagi kaum wanita yang berada di dalam masyarakat yang berpegang kepada mazhab Hanbali, ianya tidak menjadi masalah. Menutup muka pada mereka adalah adat yang berbetulan dengan mazhab yang dipegang.

Oleh yang dimikian pandangan yang dipilih adalah pandangan jumhur ulama yang membolehkan wanita menampakkan wajah dan kedua pergelangan tangannya. Memakai purdah, jika boleh menyebabkan perpecahan atau untuk menunjukkan diri seorang yang warak, maka ia akan menjadikan hukum asal iaitu sunat beralih kepada bida’h.

Penutup dari saya :

Jika dinisbahkan pemakaian purdah dengan penduduk Malaysia yang bermazhab Syafii, adalah tidak wajib bagi mereka memakainya. Begitu jugalah dengan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang belajar di Universiti Al-Azhar.

Jadi pelajar-pelajar Malaysia berpurdah yang belajar di sana tidak perlu terkilan dengan keputusan yang telah dibuat oleh Syeikhul Azhar itu. Bahkan wajib menurutinya demi untuk mengelakkan perpecahan seperti yang telah dijelaskan oleh Mufti Mesir tadi. Seruan saya : Bersedialah untuk berubah dan berpijaklah di bumi nyata.

Sekian Wassalam.

Lihat link:

Khamis, 25 November 2010

Penyembuh Ujian,Fasobrun Jameel..




Dalam kesibukan hari-hari yang mendatang yang menuntut sebuah tanggungjawab, janji kesibukan yang tanpa henti, keletihan yang tanpa penghujung, kebimbangan dan kerisauan yang tanpa kesudahan.


Kadang-kadang tanpa kita sedari kita telah menyakiti hati seseorang yang amat kita sayangi, dan tanpa kita duga kita telah menzalimi hati seseorang yang amat kita kasihi. Betapa pedih dan peritnya kesakitan hati itu hanya dapat diluahkan dalam buti-butir air mata yang sentiasa mengalir.


Kala itu, hanya kalimah sabar yang menyejukkan hati. Setiap dugaan, mahupun ujian SABAR adalah jalan yang terbaik. Sabar itu tiada tahap, jika sabar itu bertahap maka hilanglah sifat sabar itu. Bukankah sabar itu separuh daripada iman. Ingatlah yang kita bukan bersendirian. Belajarlah bersabar dalam setiap ujian. Pujuklah hati supaya memaafkan walaupun hati terasa disakiti dan dizalimi. Seperti mana sabda Rasulullah S.A.W.:



"Barangsiapa DIUJI lalu BERSABAR, DIBERI lalu BERSYUKUR, DIZALIMI lalu MEMAAFKAN, MENZALIMI lalu BERISTIGHFAR, maka bagi mereka keselamatan dan mereka tergolong dalam orang-orang yang memperolehi HIDAYAH"

( H.r Al-Baihaqi)

Pernahkah kita terfikir. Beradanya kita disaat ini, diketika ini, dengan kejayaan yang kita miliki sekarang, dengan rezeki yang kita perolehi hari ini, adalah daripada doa mereka yang kita tidak pernah kenal dan tahu siapa. Boleh jadi doa daripada ibu bapa, guru-guru, sahabat handai, saudara mara, seseorang yang menyayangi kita, dan mungkin juga dari orang yang hatinya disakiti.

Bukankah malaikat akan mengaminkan doa orang yang berdoa untuk kebaikan saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu. Dan setiap kali kita berdoa untuk kebaikan seseorang, setiap kali itulah malaikat berkata " Amin, dan bagimu juga seperti itu". Seandainya doa kita dimakbulkan, Allah menyayangi kita, seandainya doa kita lambat dimakbulkan, Allah ingin menguji kita, dan sekiranya doa kita tidak dimakbulkan Allah ingin berikan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Ingatlah, walau apa yang terjadi sekalipun itu tanda Allah sayang kepada kita. Kadang-kadang ujian yang mendatang terlalu perit sehinggakan kita terjatuh dan terduduk. Dan pada masa itulah kita sedar hanya Allah yang bersama kita. Mungkin kita terlalu leka sehingga melupakanNya, apabila ditarik sedikit nikmat barulah kita terasa. Kita merintih dan menangis hanya padaNya. Malaikat berkata, Ya Allah adakah Kau makbulkan doa hambaMu ini. Lalu Allah mengarahkan malaikat agar menahan doa hambaNya itu dahulu, kerana Allah sangat merindui rintihan dari hambaNya.

Mudah-mudahan kita dikurniakan sifat sabar. Dengan berkat beradanya kita di Bumi Anbia' ini juga doa kita akan dimakbulkan. InsyaAllah, Amin..

Isnin, 15 November 2010

Maahad Fatayat Lil Banat Mansurah

Maahad Fatayat Lil Banat Mansurah, merupakan madrasah ilmu bagi mahasiswi Malaysia yang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Takhasus Qiraat. Maahad Fatayat Lil Banat Mansurah khusus untuk siswi. Manakala Maahad Qiraat Shoubro di Kaherah bagi siswa.

Mempelajari ilmu Qiraat A'syarah (Qiraat sepuluh) pada peringkat Ijazah. Iaitu tambahan daripada Qiraat Saba'ah (Qiraat tujuh) pada peringkat Diploma. Sesi pengajian bagi Takhasus Qiraat bermula jam 1.30 p.m hingga 3.00p.m bagi hari Sabtu dan Ahad. Bagi hari Isnin hingga Khamis kelas bermula jam 1.15 p.m - 3.oo p.m.

Laluan harian, pergi balik Maahad


Kitab Qiraat, jilid satu..


Koridor Maahad




Ahad, 14 November 2010

Mansurah_Pelembahan Nil

Jazirah al-Ward adalah gelaran yang diberikan kepada ibu negeri Dahqaliah Mansurah, salah satu negeri di Mesir. Pelembahan Nil juga merupakan gelaran lain bagi bumi Mansurah kerana mempunyai aliran Sungai Nil yang utama selain Kaherah (Cairo) dan Iskandariah (Alexandaria). Bumi yang penuh barakah ini juga merupakan pusat warisan ilmu beberapa ulama' terkenal di Mesir.

Jumlah pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah semakin bertambah. Kuliah di Mansurah:
Pelajar ikhwah (lelaki):
A) Kuliah Usuluddin dan Dakwah.
B) Kuliah Lughah Arabiah dan Adab.

Kuliah bagi pelajar akhawat (Perempuan):
A) Kuliah Syariah Islamiah.
B) Takhasus Qiraat
C) Kuliah Lughah Arabiah dan Adab
D) Kuliah Usuluddin dan Dakwah

Universiti Mansurah
~Konvesional
~Intagrated (Manchester)
~Dentisty (Pergigian)
~ Farmasi

Perjalanan dari Kaherah ke Mansurah mengambil masa dua jam setengah atau tiga jam dengan menaiki bas ekpress. Harga tiket dari sepuluh junaih hingga 15 junaih. Kita dapat lihat Sungai Nil kanan, dan Sungai Nil kiri, sayur-sayuran seperti bawang, kubis, kentang dan lain-lain,buah-buahan (musim sejuk) seperti delima, limau dan anggur.
Kehidupan di Mansurah tidaklah terlalu bandar seperti di Kaherah. Jadi segala barang keperluan harian murah sedikit berbanding Kaherah. Begitu juga dengan sewa rumah. Jika di Kaherah sewa rumah beribu, tetapi di Mansurah 300 ke 400 junaih sahaja. 400 junaih sebulan sudah cukup untuk perbelanjaan di Mansurah. Nafsu membeli memang ada, tambahan pula Mansurah memang banyak jubah dan abaya yang murah sangat. Itulah pentingnya money management, supaya dapat tahu aliran duit keluar masuk setiap bulan. Tetapi perlu juga seseorang yang , mengingatkan dan kalau boleh seseorang yang pegang kad bank. Apa-apapun, kena belajar uruskan kewangan sendiri dan jangan boros berbelanja!..
Bagitulah serba sedikit mengenai Mansurah sebagai gambaran bagi mereka yang sentiasa terbayang-bayang "Mansurah ni macamana?". Mungkin sebagai panduan juga untuk adik-adik banat Itqan yang akan datang tahun depan. Sekian dahulu, Salam aidil Adha dari ku yang jauh di Pelembahan Nil..

Kebun Anggur


Kebun Limau

Sungai Nil



Isnin, 8 November 2010

::Semoga kita semua memiliki cinta yang kita cari::

"Selamat Pengantin Baru Ummu Hani".. Alhamdulillah, selamat dah kawan yang sorang ni.. Dulu-dulu main undi-undi sape kawin dulu, kebetulan memang Ummu kawin dulu.. Kalau ikut giliran, lepas ni siape ye?. Nakiah dengan Safura macam dah dekat je:)...Tahniah untuk Safura, dia pun dah mengatur langkah. Cuma tinggal step yang seterusnya. Ha Puya bila lagi?... Si Ratu Jemapoh, Nakiah. Lepas ni bersedialah mungkin lepas ni turn kau.. Turn emrul???? Kalau ikut apa yang emrul mimpi dan apa yang kita undi dulu, giliran emrul yang terakhir sekali.. Betul tak??. Seronok tengok kawan-kawan emrul semua ni, dah kawin, dah tunang.. emrul nak rasa jaga anak korang dulu, baru emrul kawin..hehehe..

Terima Kasih korang semua, kerana mendoakan emrul kekal dengannya, mengingati dan menasihati emrul bila emrul lalai dan leka. Safura, terima kasih kerana menjadi pendengar emrul yang paling setia. Semoga UmmuHani, Nakiah, dan Safura menjadi isteri yang solehah untuk suami yang soleh. Dan emrul, menjadi sayap kiri yang baik untuknya. Emrul akan tetap ingat yang emrul bukanlah yang paling layak untuk menjadi seorang isteri kepada seorang yang terlalu baik untuk emrul, tapi emrul akan tetap berusaha menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Alhamdulillah, 22 Oktober tahun ni genap 4 tahun. Dan bukan senang untuk kekal seperti sekarang. Terima kasih untuk seseorang yang sudi menjaga emrul.Semoga alang, naki, puya, dan emrul tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.. Sayang korang sume...

Isnin, 20 September 2010

..Shopping di Kaherah..


Sebelum Raya, sempat shopping di City Star. Besar sangat tempatnya, tak habis jalan pun. Orang kata, City Star tempat shopping untuk orang kaya sebab barang-barangnya mahal. Memang betulpun..



Canggih..Belum ada rasa nak beli laptop baru dan handphone baru. Sebab semuanya dapat free je nanti... Ingat nak beli sendiri hp baru tapi bila dah dapat free, buat apa nak beli lagi. Membazir.. Jadi, simpan duit untuk kegunaan akan datang...




Kalau di Malaysia ada pelita. Sinipun lebih kurang jugak. Belajar di Ketaby Academy, pelita ni namanya 'Faanous'.. Tapi yang ni, perhiasan je..Tak ada gambar yang betul-betul...




First time jumpa patung ustaz ni,rasanya Malaysia tak ada.. Alim betul.. Kakak senior kata, selalunya untuk bulan Ramadhan akan ada jual patung-patung ni.




Yang ni mama(mak cik) jual tepi jalan je.. Mama tu marah amik gambar dia. Maalish mama,asifni.. Saya nak amik gambar roti tu je..




Selesai shopping, tunggu kereta kat tepi jalan dulu. Punyalah ramai orang. Sesak sangat, terasa haus maklumlah musim panas dalam bulan puasa.. Punyalah lama jalan tak ada satu jubahpun yang berkenan di hati ni.. Kawan-kawan yang lain dah dapat dua, tiga helai. At last, Safura pilihkan satu jubah, terus amik. Tak dapat nak tawar harga lagi, sebab ammu(pak cik) dah letih. Alhamdulillah, dapat la beli jubah untuk raya dengan harga 50 junaih/pounds. Murah.....



Seharian shopping dari pukul 3 lebih sampai pukul sepuluh malam. Buka puasa di City Star. Balik RNSK, fuhh... Letih sangat, macam tu rupanya Kaherah.. Tak semua tempat dapat pergi lagi, tapi itupun dah cukup. Terima Kasih banyak-banyak kepada Asu Syikin dan Mira yang temankan kitorang semua. Pada adik-adik Jordan,ingat tau ni menjadi kenangan kita bersama. Yang tak akan dilupakan kereta avanza yang memudahkan perjalanan kami ni, termasuklah drivernye, time kasih, lain kali bawa kitorang jalan-jalan lagi..:~)!!

Selasa, 14 September 2010

Juadah Hari Raya Aidil Fitri


Nasi impit,rendang daging, dan kegemaran saya rendang ayam.



Biskut Cornflakes Madu Bilik 5B.




Biskut Oat Kismis Bilik 4B (saya tak tolong buat biskut ni).



Biskut Chocolate Chips Bilik 5A.




Biskut Sarang Semut Bilik 4B (Yang ni saya buat, semutnya sikit sangat)



Biskut raya, tak sempat rasa yang ni.





Rojak, yang ni pun tak sempat makan.