Khamis, 1 April 2010

Nikmat kesibukkan..


Assalamualaikum w.b.t..

Sudah lama saya tidak menulis.. Disebabkan kekangan masa, urusan kerja, ditambah pula dengan kursus dan bermacam-macam hal dunia yang perlu diberi komitmen serta diselesaikan segera. Itulah yang menyebabkan blog saya 'tersadai' seketika. Masa mula-mula buat blog dulu, rajinlah sikit.. Mungkin dulu, tak banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan macam sekarang..


Semua orang mempunyai kesibukkan dan rutin harian yang agak memenatkan.. Hari itu, saya ada baca blog kawan saya. Nakiah namanya,emm barulah saya tahu betapa padatnya jadual dia di Mesir. Ya, semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing. Dan semua orang juga diberikan jumlah jam yang adil dan saksama iaitu 24 jam sehari.


Kadang-kadang 24 jam itu terasa begitu pantas berlalu. Bangun tidur,dah pagi.. Buat kerja itu, buat kerja ini, tup-tup dah petang. Masak,kemas tengok-tengok dah masuk maghrib.. Lepas itu apa? Lepas itu masa terus berjalan..Hari Isnin, Selasa,Rabu, pejam celik, pejam celik dah jumpa Isnin semula.. Sekejap saja kan?


Nak tahu, ada sebahagian orang sangka waktu tua mereka adalah 'Rest time', masa untuk bermain dengan cucu, tidak sibuk seperti masa muda dulu. Dah pencen la katakan.. Realitinya adalah sebaliknya, "Di kala usiamu semakin tua, semakin besar tanggungjawab yang harus engkau pikul. Maka bertambah pula pengisian terhadap tanggungjawab itu. Waktumu pula akan menjadi sempit, kekuatanmu semakin lemah, kesihatan semakin bermasalah, semangat semakin menurun, sedangkan tanggungjawab serta kewajipan semakin banyak."


Jadi bagi mereka yang sentiasa sibuk diluar sana,teruskanlah.. Alhamdulillah kerana Allah memberikanmu waktu untuk sentiasa sibuk dengan kesibukkan yang penuh manfaat. Walau bagaimana sibuk sekalipun, ikhlaskanlah hati supayakita mendapat keredhoanNya serta pahala yang 'bertop up'. Sememangnya, setiap detik itu penuh dengan kesibukkan yang tidak terduga... InsyaAllah, jika punya masa akan datang saya akan menulis lagi..


Jika ada jodoh,kita bertemu lagi..Ilalliqok, maa'ssalamah..

2 ulasan:

  1. Tanggungjawab lebih banyak dari masa yang ada..Kadang-kadang rasa tak mampu nak selesaikan semua tanggungjawab tetapi ingatlah "Allah tidak memikulkan tanggungjawab kepada seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya"..:-)

    BalasPadam
  2. memang,betul tu..tanggungjawab lebih banyak drpd masa yg ada..tapi seronok jugak bila selalu sibuk,masa tu terisi je.kalau tak bosan jgk,sbb xade ap nak buat..

    BalasPadam