Rabu, 19 Mei 2010

Tidak meraikan tetapi diraikan.


"Assalamualaikum, kepada semua guru, cikgu, pensyarah, dan mereka yang bergelar pendidik. Selamat hari guru, terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu selama ini. Teruskan perjuanganmu dalam menaikkan martabat dan peradaban manusia. Selamat Hari Guru buat semua"..

Tahun ini, sambutan Hari Guru tak sama macam tahun-tahun sebelumnya. Ya la, sebelum ni menyambut Hari guru sebagai seorang pelajar. Tetapi kali ini menyambut Hari Guru sebagai seorang guru..

Kalau dulu, sebelum 16 Mei golongan pelajarlah yang 'busy' menguruskan program sambutan Hari Guru. Termasuklah saya. Walaupun mesyuarat PAKSI dah selesai, dan segala masalah telah dibincangkan. Ada juga yang masih meneruskan mesyuarat pintu dan mesyuarat tingkap..Macam-macam daaaaaa. Semuanya bagi memastikan sambutan Hari Guru nanti berjalan dengan lancar dan sempurna. Walaupun kami mengharapkan segala yang terbaik bagi program ini, namun tidak dinafikan ada juga cakap-cakap belakang, ada juga yang 'sok,sek,sok,sek',dan tidak kurang juga segelintir yang complain. Biasalah, sebagai pihak yang mengendalikan program kami terima segala teguran yang di berikan. Kami telah menjalankan semua dengan sebaiknya, tetapi kepada Allah kami serahkan segala pengakhiran.Kami juga telah merancang, dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik..Walau apa keadaan sekalipun,saya tetap saaayang PAKSI!!


Sekarang dah berbeza suasana, tiada lagi suasana meraikan. Dah tak ada mesyuarat-mesyuarat. Tak ada lagi progam meraikan tetapi menjadi seseorang yang diraikan.Barulah benar-benar mengerti bagaimana perasaan seorang guru apabila diraikan oleh murid-muridnya.Terasa sejuk hati ini,dingin seperti salji. Terharu bila melihat hadiah-hadiah anak murid.Kebanyakan murid-murid Sek Sungai Dua adalah 'budak-budak kampung', miskin, masih mentah.Jadi hadiahnya pun sekadar termampu. Sedih sangat bila tengok hadiah yang dibalut menggunakan kertas garis satu saja. Alahai, bukan sedih dapat hadiah macam tu, tapi sedih melihatkan kesungguhan mereka dalam memenangi hati seorang guru. Menitik air mata bila baca kad kertas garis satu Siti Sarah, "Ustazah,saya minta maaf sebab tak beli hadiah. Saya tak ada duit". Tak tahu kenapa hati dan jiwa ni terlalu sayang pada mereka semua.Pengalaman mengajar sekolah ini,tak sama dengan sekolah sebelum-sebelum ni.Mungkin itu antara hikmah Allah tempatkan saya jauh di sekolah kampung dan tidak di sekolah lain. Sampai termimpi-mimpi diorang semua..Saaaayang sangat semua murid tahap satu Sek Sungai Dua..


Kepada semua ustaz dan ustazah,guru,cikgu,teacher dan tenaga pengajar yang telah banyak mencurah ilmu kepada saya,saya ucapkan "Selamat Hari Guru,hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian semua.Terima kasih atas segala penat lelah serta jerih payahmu yang mengajarku menjadi seorang insan. Saya tetap bergelar anak muridmu walaupun sudah bergelar seorang guru". 2006-2009 (Institut Tahfiz al-quran Negeri Sembilan), 2004-2005 (Sek. Men. Agama Sains Kuala Pilah), 2001-2003 (Sek. Men. Keb Datuk Mansor), 2001 (Sek. Men. Keb Datuk Muhd Yusof),1997-2000 (Sek. Ren. Keb Linggi), 1995-1996 (Sek. Ren. St. Aidant),1993-1994 (Tabika Kemas Rumah Rakyat Jambu Lapan),1992 (Tabika Kemas Kuala Pilah)..Saya Saaaayang semua cikgu saya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan