Jumaat, 11 Jun 2010

Mengapa mesti malu?




Kebetulan semalam Allah mempertemukan saya dengan kawan lama yang dah enam tahun tak jumpa.Fuhh,tempoh enam tahun itu memang memberikan banyak perubahan pada dia dan saya.Dia tak sangka saya jadi macam ini,dan saya tak sangka dia jadi macam tu..Saya suka perubahan dia,dulu lain sekarang lain.Bak kata orang putih,'people change'.Itu saja jawapan kawan saya itu. Walaupun dahulunya kami bukanlah kawan sekelas,tapi team archery yang merapatkan kami.Seronok tengok perubahan dia,tetapi sedih bila dengar cerita tentang kawan-kawan yang lain.Ada yang berubah alhamdulillah,ada yang masih sama dan ada yang makin teruk.Satu jam lebih saya habiskan masa dengan dia,hanya bercerita pasal perkembangan kawan-kawan.



Saya fikirkan,hanya zaman saya sekolah dulu yang ada kes 'malu jadi perempuan'. Rupanya sekarang pun ada lagi.Kebanyakan golongan yang pemalu ini beranggapan bahawa imej perempuan merupakan imej makhluk yang lemah,sering jadi mangsa golongan lelaki. Itu belum lagi anggapan mereka pada golongan muslimah yang lengkap menutup auratnya.Jadi kepada golongan yang masih malu menjadai perempuan,belajarlah:



Menerima hakikat
Setiap sesuatu yang Allah jadikan mengandungi pelbagai hikmah.Sekecil-kecil kuman dan sejijik-jijik najis sekalipun ada hikmahnya.Begitulah juga Allah menciptakan wanita. Mesti ada sebab musababnya.Allah menjadikan wanita penuh dengan sifat-sifat kelembutan dan perasaan yang amat halus. Lelaki pula penuh dengan kekuatan dan kegagahan dari segi mental dan fizikal. Sebab itulah lelaki boleh tahan air mata daripada wanita.. Atas sebab kegagahan itu jugalah lelaki menjadi pelindung kepada wanita.Suami menjadi pelindung kepada isterinya. Lelaki dan perempuan ada keistimewaan tersendiri yang membezakan antara satu sama lain. Semuanya saling lengkap melengkapi, seperti laut dan pantai. Oleh itu, terimalah hakikat kejadian dengan hati yang terbuka. Jika Allah ciptakan kita sebagai wanita bersyukurlah. Dan seandainya Allah ciptakan kita sebagai lelaki, alhamdulillah..



Tidak meniru

Lagi satu, jangan cuba 'ikut-ikut' dan meniru keperibadian orang lain. Kita adalah kita, tidak perlu menjadi orang lain untuk menjadi lebih baik seperti yang kita idamkan. Seandainya kita mengikut imej orang lain,itu bermakna kita tidak berpuas hati dengan apa yang Allah tetapkan keatas kita. Walhal,Allah telah menjadikan setiap orang ada keunikan yang tersendiri. Begitu juga lelaki dan wanita. Jadi tidak ada sebab seorang wanita itu harus menukar imej dirinya menjadi lelaki atau sebaliknya.



Untuk mengetahui semuanya sama


Janganlah malu untuk jadi wanita.Wanita bukannya makhluk kelas kedua atau kelas ketiga. Firman Allah dalam surah Isra' ayat 70:

"Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak adam (lelaki dan perempuan)...."

Allah sendiri mengangkat martabat wanita sama seperti kaum lelaki. Tetapi kaum wanita itu sendiri yang merendahkan martabat mereka.Wanita diperguna-gunakan oleh orang lain untuk kepentingan peribadi sahaja. Tubuh badan wanita diperlihatkan kepada umum untuk mempromosikan produk tertentu. Menjadi semakin malu apabila barangan peribadi wanita diiklankan secara terbuka dimedia.Itukah yang dimaksudkan sesetengah orang sebagai kebebasan wanita?.Itu bukan kebebasan wanita,itu suatu penjajahan dalam diri wanita. Allah melengkapkan wanita dengan hukum dan peraturan supaya wanita itu terjaga.



Kesimpulannya, terimalah diri kita seadanya.Daripada kita cuba ikut-ikut sesuatu yang dilarang, ada baiknya kita berlumba-lumba untuk buat sesuatu yang disuruh. Mari kita sama-sama berdoa supaya kita semua mendapat peribadi,identiti dan imej yang diredhai.Dan kita semua menjadi hamba Allah yang lebih baik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan