Isnin, 21 Jun 2010

"TIDAK MASIN walaupun di kelilingi LAUT yang MASIN"



Alhamdulillah, semalam bermula sesi persekolahan bagi penggal kedua. Rindu pada anak-anak murid hilang bila bertemu semalam. Al-maklumlah, sudah dua minggu bercuti daripada melihat kerenah dan kenakalan mereka..


Oleh kerana,bercuti panjang.. Maka bermacam-macamlah perangai mereka. Perangai yang baru-baru belaka. Sebelum cuti sekolah dulu, semuanya demam bola. Asyik nak main bola,dalam kelaspun main bola.. Tapi lepas cuti ni, kehangatan main bola dah hilang.. Muncul pula satu 'aktiviti' baru...Sambil tasmi' bacaan tahiyat pelajar perempuan, adalah satu group pelajar tahun satu lelaki buat 'aksi' yang tersangatlah 'fofular' sekarang ni. Mana tidaknya,selalu keluar di TV.


"Wawa, kawan-kawan kamu buat apa kat belakang tu?"." Ustazah, diorang SHUFFLE". Rasa nak jatuh jantung ni,bila masa ada subjek SHUFFLE kat sekolah?.."Semua kat belakang tu,sini kejap..cepat-cepat..ustazah rindula dengan semua". Mulalah mereka tersipu-sipu malu,menampakkan barisan gigi yang gongak..~.~ "Buat apa kat belakang tadi,ustazah tak pernah tengok pun". "Alaaa, kita SHUFFLE". "Siapa yang ajar tu,kawan-kawan ye. Cuba tunjukkan ustazah siapa yang ajar tu?"."Ustazah tak kenal ke,ARIL". "ARIL?,ARIL yang mana ni.Tak kenallah". Sebenarnya, kenal la sikit ARIL tu siapa. Tapi saja menampakkan diri ini tak tahu.."Ala ARIL lah ustazah,yang 'KAU DAN AKU".. Ish, pandai betul. Tahu pulak Aril berlakon rancangan Kau dan Aku.... "Ok,lepas ni tak mau buat macam tu lagilah,tak comel macam tu,tak baik, kamu semua baikkan?" Beriya-iya semua mengangguk.. "Bagus, budak baik tak buat macam tu..Janji dengan ustazah tau". Cukup tahap pertama mendidik mereka hari itu.



Anak-anak di sekolah telah diajar lengkap dengan ilmu Fardhu Ain. Subjek Agama Islam,di tambah dengan subjek J-QAF. Dan tidak ketinggalan silibus KAFA pada waktu petang. Tidak cukup belajar quran di sekolah. Dihantar pula ke rumah ustaz atau ustazah bagi memantapkan lagi bacaan quran.. Hebat,Hebat..Bagus,tahniah ibu bapa ambil berat.. Ibu bapa perlu ingat ilmu al-Quran bukan setakat di baca untuk 'Cepat Khatam'. Tetapi sebenarnya, ilmu al-Quran dan ilmu Fardhu Ain ini bertujuan untuk menjadi 'perisai' bagi melindungi mereka..


Kebal untuk apa?.. Kebal dalam mengharungi dunia kanak-kanak mereka yang penuh pemangsa. Pemangsa inilah yang membentuk akhlak, pemikiran dan cara befikir mereka. Pemangsa yang ada didepan kita, tetapi kita tidak menyedarinya. Pemangsa utama ialah TELEVISYEN. Saya akui, pengaruh televisyen dalam jadual harian mereka di rumah amat mencabar. Rancangan ini, rancangan itu. Sebelum cuti sekolah dua minggu inipun, TV ini telah mengatur program untuk mereka. Hari Ahad,rancangan ini. Hari Isnin rancangan itu..Sampailah berakhirnya cuti sekolah, jadual mereka sudah lengkap dengan program di TV.



Semasa Perjumpaan Guru-Guru KAFA Peringkat Kebangsaan minggu lepas. Penceramah menyebut, "Zaman kita sekolah dulu tidak sama dengan zaman sekarang". Saya sokong.. Mana tidaknya, dulu rancangan kanak-kanak tidaklah 'berlambak' seperti sekarang. Bolehlah dikatakan kartun-karun dulu, 'sopan' dan memberi pengajaran. Tapi,kartun sekarang...Aduhai, kartun pun dah pandai 'seksi' dah ada babak 'kissing', bahasa yang digunakan juga melampau..Dulu,waktu malam rajin mengaji sebab rancangan TV tak sesedap mana.. Tapi waktu mengaji sekarang perlu bersaing pula dengan siaran kartun di 'ASTRO Ceria, Cartoon Network, Nickelodeon dan Disney channel.


Guru-guru sudah membantu mendidik 'Ilmu Perisai' ini di sekolah, dari jam 7.30 pagi hingga jam 5. 00 petang. Tugas ibu bapa pula memantau perkembangan sahsiah anak-anak dirumah. Tidak apa sekali-sekala menonton TV, asalkan rancangan yang baik. Bukan menonton rancangan yang mengajar anak-anak 'terlompat-lompat','menyanyi-nyanyi', 'Shuffle-shuffle'. Ajarlah mereka membuat pilihan yang terbaik bagi diri mereka dengan bimbingan ibu bapa.

Anak-anak perlu kita jadikan sepeti ikan di laut..Yang tetap TIDAK MASIN walau tinggal di LAUT yang MASIN!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan